Hari ini, entah bagaimana saya boleh terjebak untuk mendengar sebuah lagu inggeris yang berjudul One Night Only. Lagu ini juga pertama kali saya dengar pada hari ini. Saya sekadar search di Youtube keyword 'shock got talent'. Muncul hasil dari carian tersebut adalah sebuah persembahan daripada seorang peserta rancangan realiti hiburan.

Saya mendengar dan menonton video tersebut buat pertama kali hari ini. Memang, ada aura tarikannya.

Bahkan, hingga saat artikel ini ditulis, saya masih mendengarnya berulang kali. Memang kena lah dengan keyword yang saya gunakan untuk mencari video yang saya mahukan.

Video ini memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun menyertai sebuah rancangan realiti hiburan Got Talent di Britain. Kanak-kanak tersebut bernama Arisxandra telah menyanyikan lagu berjudul One Night Only nyanyian asal Jennifer Hudson.

Saya turut mendengar versi nyanyian penyanyi asal, jujur: saya lebih berminat untuk mendengar nyanyian Arisxandra ini.

Baik, apa yang istimewa nya sangat video dan lagu ini hingga saya tulis di dalam artikel ini? Mungkin ada beberapa faktor yang boleh saya tuliskan.

Pertama, faktor penyanyi. Ada kelebihan tersendiri yang ada pada kanak-kanak tersebut. Mungkin pada suaranya. Atau mungkin pada niatnya menyanyi. Atau pada mindanya. Saya masih ingat komentar daripada Datuk Ramli MS semasa Konsert AF2014 baru-baru ini. Sebagai penyanyi, seseorang itu harus menyanyi menggunakan minda. Bukan semata-mata membuka mulut, menyanyi semata-mata.

Berkaitan AF2014, mungkin saya boleh cerita di artikel lain. Dan apa kaitannya dengan keberjayaan AF3 yang menampilkan Mawi sebagai juara yang hingga kini AF tak dapat lagi nak membuat 'come back' seperti mana yang pernah terjadi pada AF3 dahulu.

Baik, faktor pertama adalah penyanyi.

Faktor kedua, saya boleh katakan adalah faktor lirik lagu. Lirik lagu tersebut ada kekuatannya yang tersendiri. Saya tidak tahu apa mesej dan tujuan sebenar pencipta lirik mencipta gubahan ini. Namun, bagi saya, apabila mendengar sahaja bait 'One Night Only' itu, saya terus teringatkan satu malam yang sangat istimewa buat umat Islam. Malam apakah itu, anda sudah sedia faham dan maklum tentangnya.

Lantas, saya meneliti setiap bait lirik yang terkandung di dalam lagu ini. Tidak ada kejanggalan jika saya secara peribadi mahu menghalakan mesej lirik ini terhadap malam istimewa tersebut.

Berikut adalah lirik lagu 'One Night Only'

You want all my love and my devotion
You want my love and soul, right on the line
I have no doubt that I could love you, forever
The only trouble is, you really don't have the time

You've got one night only, one night only
That's all you have to spare
One night only
Let's not pretend to care
One night only, one night only
Come on, big baby, come on
One night only
We only have 'til dawn

In the morning this feeling will be gone
It has no chance going on
Something so right has got no chance to live
So let's forget about chances, it's one night I will give

One night only, one night only
You'll be the only one
One night only
Then you have to run

One night only, one night only
There's nothing more to say
One night only
Words get in the way

One night only
One night only
One night only...



Anda boleh turut mendengar video tersebut dan anda pastinya ada penilaian tersendiri.

Artikel ini hanya secebis pandangan peribadi sahaja.



Post a Comment

Alamindah said... October 9, 2014 at 1:13 PM

Nyanyian hiburan walau bagaimana retak dan liriknya.. jika penghayatan kita untuk memperbaiki diri atau memperdekatkan diri kepada llahi...in syaa Allah...

soleh said... October 13, 2014 at 1:12 PM

kunjungan siang gan
Jangan lupa mampir di wap download lagu terlengkap
www.areamp3.com

alongsafa said... October 21, 2014 at 12:21 AM

InsyaAllah Alam Indah,

Random Posts

3/random/post-list
 
Top