Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd. Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi rasa takjub dan sifat bersyukur di atas ketuhanan Allah swt yang menciptakan langit dan bumi beserta sekalian makhluk yang berada di dalamnya. Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang berkuasa dalam setiap apa sahaja yang berlaku di muka bumi ini.

Tidak dilupakan selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Sekalian keluarga dan sahabat baginda dan berjuang menegakkan kalimah Allah bermati-matian. Segala pengorbanan yang dicurahkan semasa itu hanya Allah sahaja yang mengetahui statusnya dan balasan yang diterima atas segala perjuangan yang dijuangkan.

Pengorbanan merupakan satu tindakan melakukan sesuatu dengan rasa ikhlas dan menidakkan atau memberikan sesuatu yang milik kita kepada pihak yang lain. Pengorbanan menuntut pengorban untuk memiliki satu jiwa sanubari yang tinggi agar apa yang dikorbankan itu benar benar meresap ke dalam jiwa dan hati yang tulus.

Pengorbanan tidak fokus hanya kepada membeli sebahagian bahagian lembu untuk dikorbankan di Hari Raya Aidilfitri. Itu juga korban, tetapi korban itu adalah secara fizikal dan zahir. Sinopsis korban lebih luas malah adakalanya orang lain tidak tahu dan tidak perlu tahu apa yang kita korbankan.

Mungkin ada di kalangan insan di muka bumi ini yang bersifat subjektif. Insan yang kita tidak kenal seratus peratus. Kerna sifat tersebut menjadi satu yang lumrah pada dirinya.

Bagaimana? Pengorbanan itulah yang ingin dimaksudkan. Misalnya pengorbanan di dalam organisasi, gerak kerja berpersatuan, masyarakat, jemaah islam, parti politik, dan sebagainya.

Apa yang boleh disimpulkan, di sebalik kejayaan penganjuran program, kecantikan aturcara majlis, kelancaran sesuatu majlis, di sebaliknya pasti ada yang melakukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, keringat, wang ringgit dan sebagainya. Biasanya orang ini tidak terkehadapan. Orang lain takkan tahu apa yang dilakukan kerana apa yang pasti, semuanya berjalan lancar.

Sunnah Pengorbanan, apa yang kita lakukan itu adalah untuk mencari kaedah bagi mendapat redha Allah. Itu adalah niat utama bagi sesiapa yang berkorban. Jika ada sesiapa yang berkorban dengan niat dan harapan agar dinaikkan jawatan, dikenali orang atasan, mendapat pujian, mendapat anugerah, di situ sudah terdapat kesilapan di dalam konsep pengorbanan. Mungkin dia akan dapat apa yang dia mahukan itu, tetapi jika tiada redha Allah, apalah guna hidup di dunia ini…

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, saya mengucapkan Salam Pengorbanan buat semua insan yang berkorban tidak kiralah apa jua yang kalian korbankan. Moga moga pengorbanan itu mendapat prihatin Allah dan menempatkan kita di dalam kelompok orang-orang beriman dan bertaqwa.

Salam Pengorbanan.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top