Semasa menonton rancangan Akademi Fantasia pada minggu lalu, pada slot persembahan penutup, menyaksikan persembahan daripada Mawi, Hazama dan Dali filsuf. Mereka menyanyikan lagi Al-Nuura. Atau sebutan bunyinya akan menjadi An-Nuura. An-Nuura bermaksud, pemberi cahaya. Saya menonton dengan agak teliti. Itulah kali pertama saya mendengar lagu tersebut.

Sungguh, lagu tersebut memberi maknanya yang tersendiri. Kebelakangan ini didapati lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mawi membawa pendengar menyelosori satu genre muzik yang lebih segar dan mudah diterima. Menyasarkan plot lirik pada sudut ketuhanan dan kerohanian, pastinya lagu yang bergenre sebegini dapat memberi opsyen kepada peminat khususnya yang mencintai irama kerohanian untuk memilih lagu yang lain daripada kebiasaan.

Sebelum ini, irama ketuhanan dan kerohanian didominasi oleh genre nasyid yang juga terbahagi padanya bercorak tradisional mahupun kontemporari. Lewat populariti nasyid, semakin banyak ekplorasi yang dilakukan oleh para penasyid hingga akhirnya identiti nasyid itu semakin tidak keruan. Hari ini, para pejuang nasyid terus berhempas pulas untuk terus berjuang mengekalkan tradisi dan warisan nasyid yang kian tercabar dek pelbagai kehadiran genre muzik yang mendatangi dunia hiburan tempatan.

Kembali kepada lagu ciptaan Daly, Mawi dan Syeikh Qalam ini, pastinya ada sesuatu mesej yang boleh diambil manfaat buat sesiapa yang peduli akan keberhasilannya.

Lagu ini bukan setakat hanya mendengar di halwa telinga, menutur bait-baitnya, tetapi lebih pasti adalah memahami sedalamnya mesej yang hendak disampaikan.

Lain orang, lain penerimaan.

Bahkan, yang mencipta pun akan berbeza pemahamannya dengan yang mendengar.

Bagi saya, pada part memohon doa cahaya itu mahal.

Boleh hayati lirik ini.



Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa (Ya Allah jadikanlah dalam jantungku cahaya)
Wa fi asobi nuuraa (dan dalam urat sarafku cahaya)
Wa fi lisani nuuraa (dan dalam lisanku cahaya)
Waj'al fi nafsi nuuraa (dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya)
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa (dan jadikanlah bagiku pada hari bertemuMu cahaya)

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran



Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Artis : Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf




Capaian video klip di Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=wAU1gBx16ws

Capaian video Persembahan di Konsert AF: https://www.youtube.com/watch?v=cOgGI_i_GR8

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top