Kehidupan yang dilalui mengandungi seribu macam perkara yang memang sukar diungkap dan dihuraikan. Perjalanan manusia dari awal hingga akhirnya mengandungi pelbagai rahsia yang tersembunyi di dalamnya pedoman dan pengajaran. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.

Saufi, seorang graduan lepasan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Kini bertugas sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Muar Johor. Saufi melansungkan perkahwinan semasa tahun akhir pengajiannya bersama gadis pilihan bernama Azlina.

Suatu hari, sekitar jam 3 petang, sedang Saufi melakukan tugasan hariannya seperti biasa, dia dikejutkan oleh deringan telefon. Di lihat paparan di telefon menunjukkan panggilan daripada anak saudaranya Fiza. Saufi menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, fiza", Saufi memulakan bicara.

'Walaikumsalam, Paksu, Fiza nak bagitahu ni, ayah dah tak ada. Baru sekejap tadi", jawab fiza dengan nada agak suram. Saufi tergamam. Kelu.

"Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Fiza, Fiza tenang. Sabar ye. Nanti Paksu sampai", Saufi mententaramkan anak saudaranya itu. Fiza merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.

Fiza agak rapat dengan Saufi. Semasa kecilnya, Saufi sering memanja dan menjadi teman bermain. Tidak hairan, apabila semakin meningkat dewasa, hubungan itu sentiasa ada walaupun sudah tinggal berjauhan. Saufi sudahpun bekerjaya di Muar, Johor. Manakala Fiza dan keluarganya menetap di Bangi, Selangor.

"Ok, terima kasih paksu. Bawa maksu sekali", fiza menambah.

"Insya-Allah. Fiza tenang ya", Saufi memujuk Fiza. Jelas, pemergian ayah saudaranya memberi kesan yang mendalam.

"Bila kebumikannya fiza", Saufi minta kepastian.

"Malam ni juga paksu. Lepas isyak", jawab fiza ringkas. Tanpa berlengah lagi, Saufi terus menelefon isterinya memaklumkan berita yang baru diterima.

Saufi dan Azlina terus bergerak menuju ke Bangi. Anak-anak ditinggalkan di rumah pengasuh.


Mengenang Abang Salim

Di dalam perjalanan, Saufi dan Azlina mengimbas kembali kenangan mereka bersama abang Salim. Kadangkala, kedua-duanya senyap dan Saufi mengimbau kenangannya bersendirian. Abang Salim merupakan abang sulung kepada Saufi. Abang Salim memang abang yang bertanggungjawab dan banyak membantu adik-adiknya yang lain. Malah semasa Saufi mahu menyambung pelajaran di UTHM, abang Salim yang menolongnya membayar yuran pengajian.

"Saufi gunalah dulu duit abang ni. Nanti kalau Saufi dah habis belajar, dah dapat kerja yang bagus, kalau Saufi nak bayar, Saufi bayarlah. Tapi abang tak kisah pun sebenarnya", masih jelas terbayang di ingatan Saufi ungkapan yang dilafazkan oleh abang Salim semasa hari pendaftaran di UTHM. Abang Salim dan keluarganya yang menghantar Saufi ke UTHM bersama kereta Estima lamanya. Estima yang di beli oleh abang Salim itu digunakan untuk menjalankan perniagaannya di pasar malam. Keluarga Saufi tidak dapat menghantar kerana lokasi yang agak jauh dan juga kekangan kewangan.

"Abang, kita singgah kejap kat RNR Seremban tu. Ina nak beli air kejap", lamunan Saufi dihentikan oleh isterinya yang bersuara setelah tersedar dari lenanya. Mungkin kepenatan di tempat kerja tadi.

Kira-kira jam 7 malam, mereka tiba di rumah keluarga abang Salim. Tidak berapa ramai yang ada di rumah. Hanya keluarga terdekat. Al-maklum waktu menghampiri Maghrib.

Saufi dan Azlina menziarah Allahyarham Abang Salim yang dibaringkan di bahagian ruang tamu rumah. Membacakan surah Al-Fatihah.

Sementara menunggu jenazah diuruskan selepas Isyak nanti, Saufi duduk berbual dengan Fiza. Sementara Azlina berbual dengan isteri abang Salim, Kak Mona.

"ayah sakit apa sebenarnya Fiza?", Saufi bertanya. Soalan biasa yang akan diaju di majlis seperti itu.

"ayah kena serangan jantung. Dah lama sebenarnya Paksu. Ayah pun dah 4 bulan tak berniaga. Estima ayah tu pun dah dijual", panjang lebar Fiza bercerita.

"oh yeke. Kenapa tak bagitahu Paksu sebelum ni?", tampak Saufi agak terkejut apabila diberitahu situasi tersebut. Terbayang keluarga abang Salim mungkin dalam keadaan terdesak hingga terpaksa menjual Estimanya. Malah terasa bersalah apabila wang yang diberi oleh abang Salim semasa pendaftaran di UTHM dulu belum lagi dibayar. Memang abang Salim tak meminta, tetapi sebagai manusia, seharusnya budi yang baik itu dibalas semula setimpal yang mungkin.

"ayah taknak susahkan sesiapa. Lagipun ayah kata boleh tampung lagi belanja rumah.", balas Fiza yang meruntun hati Saufi.

"Sampai jual Estima tu, kenapa fiza?", Saufi mahukan penjelasan lanjut.

"emm.. sebenarnya paksu, ayah sayang sangat kat Estima tu. Yelah, banyak tolong kami sekeluarga. Hantar paksu dulu pun guna estima tu kan", Fiza seperti mengimbas semula kenangan.

"tapi ayah terpaksa juga jual. Sebab kekangan duit paksu. Masa ayah jual tu, ayah menangis. Fiza nampak jelas. Fiza pun sayu.", bergenang air mata Fiza apabila menceritakan kisah yang lalu.

"dah lah fiza, ok tak payah lah kita kenang cerita yang lama. Lepas ni Paksu janji tolong setakat mana yang Paksu mampu.", Saufi menenangkan anak saudaranya.


Menguruskan Jenazah.

Selepas waktu Isyak, masyarakat setempat mula datang menziarahi. Rumah keluarga abang salim mula penuh dengan sanak saudara, jiran tetangga dan masyarakat yang lain. Jenazah abang Salim diuruskan oleh pihak masjid. Saufi turut membantu memandikan dan mengkafankan. Segalanya berjalan dengan lancar.

Setelah dikafankan, jenazah disolatkan di situ juga.

Selesai disolatkan, jenazah pun segera dmasukkan dalam keranda dan seterusnya tersedia van jenazah di luar rumah. Keranda di usung dan dimasukkan ke dalam van jenazah. Saufi bersama Azlina, Kak Mona, Fiza memerhati dari pintu rumah jenazah di sung dan dimasukkan ke dalam van.

Pintu van jenazah di tutup.

Tiba-tiba, Fiza terduduk dan menangis dengan sedikit raungan. Masing-masing terkejut. Saufi segera datang kepada Fiza.

"Fiza, kenapa ni fiza? Fiza, tenang fiza", Saufi mententeramkan Fiza yang secara tiba-tiba berubah. Adakah mungkin emosinya tidak terkawal?

"Paksu! Paksu!", Fiza seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi tersekat suaranya di kerongkong.

"Fiza, kenapa ni?", Saufi sedikit risau. Azlina dan Kak Mona turut sama mententeramkan Fiza.


Van jenazah telahpun berlalu meninggalkan rumah. Orang ramai semua bergerak sama untuk ke tanah perkuburan.

"Paksu tengok nombor flat van tu Paksu!", Fiza menyatakan sesuatu kepada Saufi.

"WAJ 3476", Saufi menyebut dalam hati. Seperti mengingatkan sesuatu.

"Paksu, itu van estima ayah!!", Fiza menerangkan situasi sebenarnya. Tangisannya masih belum berhenti.

"Allahu Akbar......", meremang bulu roma Saufi tatkala melihat van jenazah itu berlalu meninggalkan rumah. Benar. Van jenazah itu adalah Estima lama milik abang Salim yang telah dijual sebelum ini.

"Sehingga akhir hayatnya kau berjasa.", cetus hati Saufi.

Air matanya turut berlinang.









(Cerita ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar yang dilalui oleh seorang sahabat. Lokasi, nama watak, nombor flet semua adalah bukan yang sebenar)

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top