Suatu hari, seorang isteri seperti biasa menyiapkan juadah makan malam sebelum suaminya pulang bekerja. Pada hari itu, si isteri memasak juadah ayam masak lemak cili api beserta sayur kangkung goreng belacan. Sementara anak-anak sedang bermain di halaman rumah.

Jam 7.00 malam, suaminya pulang ke rumah. Juadah pun sudah siap dimasak menanti untuk di makan.

"kita makan selepas solat Maghrib ya", sang suami memesan pada isterinya.

Isteri mengangguk tanda setuju.

Waktu Maghrib, suami pergi solat Maghrib di surau bersama anak-anaknya yang dua orang itu. Sementara si isteri setelah dia solat Maghrib bersendiri di rumah, bersiap-siap menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak yang akan pulang dari surau sebentar nanti.

Seketika, suami dan anak-anaknya pun pulang. Mereka sekeluarga pun berkumpul di meja makan lalu menjamah hidangan makan malam.

Sedang si suami dan anak-anak menikmati hidangan, si isteri pergi ke ruang tamu rumah. Lalu tanpa pengetahuan suaminya, si isteri menutup suis elektrik utama rumahnya.

Rumah menjadi gelap gelita...........

Anak-anak menjerit-jerit mencari ibu dan ayahnya. Lantas menangis.

Si suami memanggil isterinya.

"sayang, sayang kat mana? black out pulak ni", si suami menjerit memanggil isterinya ke pergi ke hadapan sebentar tadi. Suami terkapai-kapai dalam kegelapan sambil mendakap anaknya yang sedang menangis dalam kegelapan. Mencari isterinya.

"ayang ada kat depan ni bang, abang dan anak-anak tunggu kat meja makan tu dulu", kata sang isteri dari ruang tamu.

Lantas sang suami berpatah balik semula ke meja makan meraba-raba mencari kerusi. Anak-anak ditenteramkan.

Pap!, Lampu kembali bercahaya.

"Aha.. dah ada pun karen", sapa sang suami. Namun terpana melihat sang isteri sedang berdiri di hadapan suis elektrik utama rumah mereka.

"ayang yang tutup suis ni bang", si isteri mengaku perbuatannya sambil memandang suami dan anak-anaknya. Anak-anak terus berlari mendapatkan ibunya.

"kenapa ayang buat macam ni",? sang suami dalam keadaan tercengang dan pelik dengan perbuatan isterinya.

Perlahan sang isteri menghampiri meja makan bersama anak-anak yang menempel di sisinya. Lalu duduk di kerusi seperti awal makan malam mereka tadi.

"Abang, abang panik kan bila keadaan jadi gelap gelita, dengan anak-anak menangis-nangis, hilang pandangan, terkapai-kapai untuk berjalan?", si isteri berkata dengan penuh lemah lembut.

"Betul tu. Memang betul. Tapi kenapa ayang buat macam tu?", sang suami masih keliru dan tidak memahami.

"Abang, cuba abang bayangkan jika satu hari nanti abang pergi dulu dari ayang. Cuba bayangkan situasi tadi berlaku. Bagaimana ayang dan anak-anak terkapai-kapai tanpa abang.", sang isteri menutur bicara yang disulami dengan sedikit nada sayu.

Sang suami terkesima....

Tiba-tiba air matanya bergilangan....

Post a Comment

liasandra said... September 20, 2014 at 10:57 AM

Hanya begitu ending cerita nya ?tak suspented lansung . waste my time read .

alongsafa said... September 28, 2014 at 1:32 AM

memang niat taknak bagi saspen... hihi

Random Posts

3/random/post-list
 
Top