Sahabat sejati merupakan satu ikatan yang terkandung di dalamnya pemilik hati yang sama-sama di ikat di atas satu dasar yang utuh dan kuat. Istilah sahabat itu sendiri memberi makna yang cukup bermakna dan mendalam bagi seispa yang menghayatinya. Mempunyai sahabat sejati merupakan satu anugerah Allah yang tinggi dan mahal harganya. Kerana apa ianya mahal? Kerana mahu mendapatkannya itu adalah tersangat susah!

Lantaran itu, ada di kalangan kita yang mempunyai rakan, kawan dan sahabat. Mencari kawan memang mudah. Mencari sahabat? mmm.. mungkin satu dalam sejuta.

Mengapa perlu sahabat sejati? Bagi saya, sahabat sejati adalah bayang-bayang kita dan juga cermin pemantul bagi membantu kita hidup di dalam dunia ini. Sahabat sejati, sampai mati pun tidak akan mengkhianati kita, tidak akan bersangka buruk, tidak akan bercakap belakang, tidak akan pernah wujud sifat dan sikap mementing diri dan sentiasa berasa bahawa antara kita dan dia, adalah satu hati.

Allah swt adalah pemilik kuasa utama bagi menggerakkan hati hati kita. Jika selalu kita bermohon padanya agar diberi hati yang tenang, iman yang teguh, sempurna, jika tanpa izinnya, kita tak peroleh apa-apa. Semuanya adalah daripada izinNya.

Mempunyai sahabat sejati secara logiknya memberikan kita satu kuasa luar biasa tanpa sedar untuk kita menggapai redha Allah dan seterusnya Allah akan mengizinkan hati kita untuk merasai betapa manis dan nikmatnya iman. Mengapa? Ini kerana, sahabat sejati ini seolah-olah sebagai satu rangkaian yang setiap orang mahukan perkara yang sama iaitulah ke arah Marthotillah. Setiap sahabat sejati saling mendoakan antara satu sama lain. Alangkah indahnya nikmat iman itu.

Saya yakin, kita semua mempunyai sahabat sejati. Cuma sejauh mana kita menggunakan mereka ini sebagai salah satu jambatan ke arah pandangan Allah, hanya diri kita sendiri yang tahu.

Allah itu maha berkuasa atas segalanya.



Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top