Jumaat yang lalu, 13hb Disember 2013, saya menghadiri peperiksaan akhir semester pengajian saya. Peperiksaan bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 11.00 pagi. Subjek pada pagi itu pula subjek yang akan memeningkan kepala kerana perlu menghafal pelbagai perkara. Bab-bab menghafal ni yang agak lemah bagi saya.

Semasa di dalam dewan peperiksaan, buntu juga mahu menjawab soalan demi soalan. Apa yang mampu di jawab dan yang mampu diingat, saya buat sedaya yang boleh. Tapi rasanya lebih banyak tak ingat berbanding yang ingat. Aduhai.

Jam 10.30 pagi, soalan yang sepatutnya dijawab telah dijawab. Entah betul entah tidak belakang cerita. Yang penting, semua soalan ada tulisan jawapan. Saya keluar dari peperiksaan jam 10.35 pagi.

Keluar dari dewan peperiksaan, saya terus masuk ke dalam kereta. Menghidupkan enjin dan membuka tingkap. Sambil-sambil itu saya membelek buku rujukan subjek peperiksaan tadi.

Agak memilukan. Orang jawa sebut ‘getun’. Sukar juga mahu ucapkan dalam bahasa melayu perasaan itu. Satu perasaan yang geram, agak sedikit tertekan. Kerana apa? Kerana apabila saya semak jawapan, apa di tanya, lain yang di jawap. Apa yang dijawap tak kena dengan dengan jawapannya. Aduhhh! Saya agak kecewa yang tinggi juga ketika itu. Ya lah. Kita hafal, tapi tersalah jawap!


Di datangi Penjual Keropok

Sedang saya mengelamun mengenang kekecewaan yang sedang berlaku, tiba-tiba datang seorang lelaki yang usianya sekitar 20-an menghampiri kereta saya. Saya mula menyesal kerana tidak menutup tingkap dengan segera ketika itu. Anak muda itu terus sahaja datang kepada saya. Di sisi tingkap pemandu bersebelahan saya.

“aku tengah tension ni. Aduhh siapa pulak ni”, cetusan hati saya mula menyangka yang bukan-bukan.

“Assalamualaikum”, salam diberi olehnya.

“Walaikumsalam”, saya menjawab sambil senyum yang mungkin berbaur terpaksa.

“abe, saya ado jual bare sikit ni, keropok. Abe beli la abe”, anak muda ini mula berbicara sambil menghulurkan sebungkus keropok ikan.

“abe, saya maghi ni buke nok mitok dermo, buke nok mitok sedekoh, saya jual bare, ini usaho saya be untuk dapatkan rezeki”, anak muda it uterus bercakap tatkala saya membelek-belek keropok yang dihulurkan tadi.

“berapa harganya ni?”, saya cuba untuk memendekkan urusan itu.

“sepuluh rial jah be, tambah 2 rial komisyen untuk saya, jumlah semua 12 rial”, anak muda itu membalas jawapan yang agak jujur. Bukankah lebih mudah terus katakan harganya RM12.

Lantas, saya membuka dompet. Dalam hati rasa sedikit lega kerana ada jumlah yang cukup untuk membayar keropok itu tadi. Saya menghulurkan RM12 kepada anak muda itu.

“ok ya, saya beli ya”, saya melafaz akad padanya.

“ok be, saya jual. Abe taknak cuba ko minyok angin ni. Baguh be, bulih ubat sakit, bulih sapu di tange, di kaki, mano-mano tempat pun bulih”, tidak cukup dengan keropok, anak muda ini menghulurkan pula sebotol balm kepada saya. Perasaan saya mula bercampur baur ketika itu.

“takpela, saya taknak lah yang ini”, saya menolak dengan baik.

“farhan buke gapo be, farhan maghi dari jauh ni. Cari rezeki yang halal, bantu adik beradik”, anak muda ini secara tiba-tiba memperkenalkan dirinya dengan nama Farhan. “aduh, dia mula nak kacau emosi aku ni”, cetus hati saya.

“farhan dari mano sebenonyo nih?”, tak pasal-pasal saya berdialek pantai timur pula dengannya.

“farhan dari Thailand abe. Maghi sini cari rezeki, nok bantu adik beradik, mak ayoh takdo doh. Loni sayo jah yg ado.”, Farhan mula bercerita perihal dirinya. Saya mula berfikir yang perbualan ini akan menjadi lebih panjang.



Farhan Bercerita Latar Belakang

Saya memulangkan semula botol balm yang dihulurkannya tadi. Farhan pun menerimanya tanpa banyak soal. Nampaknya dia lebih berminat untuk bercerita tentang dirinya. Mungkin kerana saya mula berdialek pantai timur itu menyebabkan dia mula rasa nak berbual.

Saya mula pasrah untuk turut berbual dengannya. Apabila mengenangkan nasib dirinya yang mungkin agak sedih berbanding saya yang cuma tersalah jawab soalan peperiksaan, apalah sangat jika mahu dibandingkan.

“Farhan oghe susah be. Mak ayoh dok takdok, keno tembok denge askar, Farhan ngaji di Madrasah di Thailand sano”, Farhan kembali bercerita.

“Farhan hafiz loh ni yo?”, soal saya.

“ya be”, jawabnya.

“Kenapo mok ayoh keno tembok tu farhan?”, saya seperti teruja untuk mengetahui latar belakang hidupnya.

“abe ado denga dok masjid keno serang di Thailand tahun 2010 dulu?”, soal Farhan.

Saya cuba untuk mengingat. Tapi ingatan saya kurang jelas. Tetapi memang ada dengar sebelum ini di Selatan Thailand ada kejadian serangan di Masjid. Tapi saya tak ingat tahun bila.

“ado denga kalu tok silap dulu. Kenapo farhan?”, saya menjawab ringkas.



Tembakan Di Dalam Masjid

“Farhan jadi imam maso tu be, solat isyak.”, jawapnya. Saya agak semakin berminat untuk mendengar walau pada awalnya tadi rasa agak malas mahu melayan.

“Maso tu, farhan baco al-fatihah, kemudian Farhan baco surah Ar-Rahman”, Farhan meneruskan ceritanya. Farhan membaca surah Ar-Rahman di hadapan saya dengan penuh khusyuk. Saya mendengarnya dengan rela.

Ketika tiba pada bait ‘Fabiayyialaaa’i rabbikuma tukazzibann’ “bam bam bam bam, tembakan bertubi-tubi menyerang jemaah. Ramai jemaah yang terkorban termasuk mok ayoh saya. Saya pun terkena jugo be”. Farhan menunjukkan kesan parut yang ada di kepala dan badannya.

“Askar-askar pakso Farhan ngaku yang Farhan buat bendo ni. Tapi Farhan tok ngaku. Farhan kato, takkan la sayo sanggup nok tembok mak ayoh Farhan sendiri?”, Farhan semakin bersemangat bercerita.

Apabila saya pulang ke rumah, saya semak di google, memang ada kejadian tembakan dan serangan di Selatan Thailand. Kejadian itu berlaku pada tahun 2009. Tetapi farhan katanya, kejadian nya pada tahun 2010. Mungkin kejadian yang berlainan.



Di seksa di Lautan

Farhan meneruskan ceritanya. Apabila askar-askar itu tidak berpuas hati kerana Farhan tidak mahu mengaku yang keganasan itu dibuat olehnya, askar-askar itu terus menyeksanya. Mengelar tangannya dengan pisau. Diseksa dipukul dan sebagainya. Tetapi Farhan tetap tidak mahu mengaku. Mungkin ketika itu, pihak askar Thailand mahu membuktikan wujudnya pengganas Islam yang sebelum ini sering dimomokkan oleh akhbar-akhbar.

Askar-askar itu tahu yang Farhan sedang belajar di Madrasah (Saya dimaklumkan oleh Farhan yang Madrasah itu namanya Darul Salam, tetapi apabila saya cuba search di Google, saya belum jumpa Madrasah Darul Salam di negara Thailand. Wallahua’lam). Mungkin mereka mahu melabel pelajar Madrasah ini pengganas.

Askar-askar membawa Farhan menaiki helikopter dan di bawa di lautan. Di ikat kakinya dan direndam ke dalam lautan dengan cara merendam selama lebih kurang 5 minit kemudian tarik semula. Seksaan ini dibuat berulang kali.

"abe, abe tahu dok, maso tu meme askar tuh nok wi Farhan mati. Tapi Allah Maha Berkuaso, Farhan tak mati, tapi Farhan raso tenang bilo duduk dale air tuh", Farhan meneruskan ceritanya.

Cerita ini sudah mula nampak tidak logik, tetapi saya terus mendengar dan bertanya untuk meneruskan episod perbualan ini.

"tene guano tu Farhan? Dale air tuh, bulih nafas ko?", saya tanya lagi.

"betul be. Farhan raso seperti baring atah tilam bilo dale air tu. Raso tene. Walaupun maso tu teruk doh tubuh Farhan luka sano sini", Farhan cuba meyakinkan saya apabila saya buat muka keliru dengan kelogikan ceritanya.

"betul be, meme bilo abe denga mace tok logik, tapi Farhan cerito ni meme sungguh betul. Wallahi, demi Allah, Farhan tok tipu be", Farhan terus meyakinkan saya. Jauh di sudut hati saya, mungkin ada benarnya cerita dia ini. Tapi wallahua'lam.

"bendo ni Farhan tok kongsi dengan ramai oghe. Tapi tok tahu kenapo Farhan raso nok cerito denge abe", ah, dah macam insan terpilih lah pulak saya ni.

"Farhan, kalu sayo nok cerito ko oghe lain pasal hal ni bulih ko?", saya bertanya dengan tujuan meminta izin. Saya terus berfikir untuk berkongsi ceritanya di blog ini.

"bulih be, takdok masa'aloh, abe ceritolah.



Di datangi Orang Tua Berjubah

Farhan terus diseksa oleh askar ketika itu. Direndam dalam air lautan. Kemudian ditarik. Dibuat berulangkali. Sehingga kelihatan Farhan sudahpun mati. Askar pun membuka ikatan kakinya lalu mencampakkannya ke dalam lautan.

"kalu ikut logik, patutnyo Farhan doh mati maso tuh", saya membuat telahan.

"meme be. Tapi Farhan hidup lagi be. Ado depe abe ni", Farhan membalas.

"pahtu, Farhan keno campok dale laut, Farhan sedar ko dok?", saya terus lagi bertanya.

"Sedar be. Sungguh. Maso tu Farhan raso tene. Mace baring atah tilam. Tiba-tiba be, Farhan di datangi lelaki tuo berjuboh. Dio wi Farhan make, minum. Kalu Farhan raso nok minum, ado air, kalu Farhan raso nok make, ado makane nok dimake", Farhan membalas sambil kali ini ada orang tua pula yang muncul dalam ceritanya.

"pulok, sapo pulok lelaki tu farhan", saya menimbulkan rasa ingin tahu.

"Wallahua'lam be. Tapi oghe tu meme jago Farhan. Dio ghoyak semuo ni duga'e. Allah nok wi sesuatu pado Farhan. Farhan keno kuat", katanya.

"Dale air laut ko Farhan jupo oghe tuo tu?', soal saya lagi.

"iyo be, dale air laut. meme tok logik, tapi terpulang pado abe nok cayo ko dok. Tapi Farhan ghoyak ni, sungguh, demi Allah Farhan tok tipu", Farhan terus cuba meyakinkan saya.

"bilo Farhan cerito ni, meme raso sedih sangat. Bilo terkenang maso tuh, Allahu Akbar", Farhan sangat menghayati ceritanya. Farhan mula menangis.



Pesanan Lelaki Berjubah

Lelaki tua berjubah itu agak menarik perhatian saya. Siapakah dia sebenarnya? Kenapa dia muncul di tengah lautan? Di saat Farhan tiada daya dan kekuatan, hanya mati sahaja saat yang dinanti, tiba-tiba datang lelaki berjubah ini membantunya.

"lamo ko Farhan ado di laut tu", saya bertanya lebih lanjut. Perbualan menjadi semakin rancak. Sedangkan saya sendiri sebenarnya tercetus dalam hati bila perbualan ini akan berakhir.

"Wallahua'lam be. Tapi oghe kato Farhan hilang dale seminggu lebih" sambung Farhan.

"Pahtu oghe berjuboh tu buat gapo lagi Farhan", saya mahu lebih lanjut perihal lelaki berjubah itu.

"dio jago Farhan sepanjang dale air tu be. Dan dio ado ghoyak pado Farhan, pahni Farhan akan didatangi ujian dan dugaan. Dio suruh Farhan bersabar dan ingat pada Allah. Tempat kito bergantung harap", Farhan tidak jemu menjawab soalan-soalan saya.

"dio ghoyak, Imam Mahdi akan muncul tok lamo lagi", Farhan menyambung lagi yang menyebabkan darah saya sedikit berderau.

"sungguh dio ghoyak gitu ko Farhan", saya minta kepastian.

"sungguh be", Farhan membalas.

"Allahu Akbar"


Diselamatkan Ikan

Setelah agak lama berada dalam air lautan di bawah jagaan lelaki berjubah itu, Farhan berhajat untuk pulang. Seperti sangat tidak logik tinggal di dalam air lautan. Sangat berat rasanya untuk mempercayai kisah ini. Tetapi saya katakan pada Farhan, yang mungkin saya tujukan ayat itu pada saya sendiri.

"meme sayo raso tok logik cerito farhan nih, tapi tok logik pada fikiran kito, tetapi pada Allah tidak ado yang tidak logik. Allah berkuasa untuk buat apo sajo pada makhluknyo", saya memberi maklum balas sambil Farhan mengangguk setuju.

Seterusnya, Farhan memberitahu, lelaki berjubah itu memukul air lautan dengan tongkatnya dan lautan terbelah hingga nampak pasir dasarnya dan boleh digunakan untuk berjalan kaki. Tetapi Farhan mengatakan yang dia tidak larat untuk berjalan kaki untuk pulang. Persis kisah Nabi Musa pula bila cerita membelah laut ini.

Kemudian datang seekor ikan berwarna hitam yang agak besar menghampiri Farhan. Farhan kemudian dibawa oleh ikan itu menyusuri air lautan.



Farhan Terdampar Di Pantai

Penduduk sekitar masih lagi riuh perihal kes tembakan di masjid Darul Salam. Kematian ramai orang yang ditembak ketika sedang bersolat masih menjadi bualan ramai pihak.

Dalam masa yang sama, kehilangan Farhan yang menjadi imam semasa hari kejadian masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah farhan masih hidup? Atau telah dibunuh? Atau telah pun mati dan mayatnya tidak dapat di kesan.

Seketika, penduduk kampung gempar apabila mendengar berita Farhan dijumpai di tepi pantai. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

"Farhan tok sedar dah lepas ikan besar tu bawa Farhan. Sedar-sedar jah, farhan doh ado di pantai. Oghe dok kerumun farhan", Farhan menyambung ceritanya.

Farhan terus diberi rawatan susulan.



Antara Khayalan Atau Logika?

Kisah Farhan berakhir di situ. Dalam keadaan saya sendiri mahu cepat kerana ada urusan lain ketika itu, saya mula mencari kesimpulan untuk dijadikan penutup perbualan.

Saya mengatakan bahawa Farhan adalah insan terpilih dan bukan semua orang dapat rasa apa yang Farhan rasa. Saya sendiri agak teruja dengan cerita yang disampaikan.

Di sudut yang lain, saya menganggap ada hikmahnya kedatangan Farhan kepada saya ketika itu. Dalam dunia ini, banyak rahsia alam yang kita sendiri belum tahu dan tidak tahu. Hadirnya Farhan membuat saya berfikir bahawa sememangnya kita ini tidak ada kuasa melainkan Allah sahaja tempat kita bergantung.

Antara khayalan mahupun logika cerita Farhan itu, saya tidak ambil kisah. Tetapi saya telah beroleh sesuatu pengajaran yang tersembunyi hikmahnya.



Perbualan Berakhir.

Saya pun meminta izin kepada Farhan untuk beredar dengan memberi alasan mahu ke UTC kerana nak memperbaharui lesen memandu. Saya mengambil gambarnya dan meminta izin untuk memasukkan ke dalam blog. Dia mengizinkan.

Farhan meminta pen yang saya gunakan semasa menjawab peperiksaan tadi. Saya beri. Sebagai tanda pertemuan.

Saya meninggalkan Farhan.

Dari jauh saya melihat Farhan mengesat air matanya.

Post a Comment

husaif said... December 17, 2013 at 11:34 AM

TERBAIK BRO!, teruskan menulis lagi..(klu ada iklan boleh ana klik)

Nik Farhana said... December 17, 2013 at 1:39 PM

salamun alaykum...
alhamdulillah.. perkongsian yang baik. benar, tak semua kita mampu percaya kerana batas pemikiran kita berhad. Nmun, bagi Allah , tiada terbatas.

Al-Qur’an menyatakan, “Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun.” (Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah ia,” Qs. Yasin [36]:82).

insyaAllah..

tahniah En.

mohd farhan said... December 17, 2013 at 4:04 PM

En safa mmg nama dia farhan ke hehe

alongsafa said... December 17, 2013 at 4:25 PM

Terima kasih bro. Atas sekali tu ada iklan.

alongsafa said... December 17, 2013 at 4:25 PM

Ya. Nama dia Farhan bin Muhammad.

sofi said... December 18, 2013 at 8:10 AM

keropok dah abis goreng ke simpan buat kenangan?

alongsafa said... December 18, 2013 at 9:06 AM

buat kenangan? hehehehe. Belum sempat nak goreng lagi.

Kak Zyla said... February 19, 2014 at 1:11 AM

Alamak, Dik..... Akk Kenal Bdk Laki Nie......
Aduh, Raso Mace Keno Lipat Jah....
Huhuhuhu.

Kak Zyla said... February 19, 2014 at 1:12 AM

Alamak, Dik..... Akk Kenal Laki Nie......
Aduh, Raso Mace Keno Lipat Jah....
Huhuhuhu.

Random Posts

3/random/post-list
 
Top