Sudah agak lama tidak update blog. Sedangkan banyak idea dan bahan yang telah sedia ada untuk disiarkan dan ditulis. Tetapi disebabkan ada kekangan sampingan, 'mood' untuk membuat post dan menulis itu tidak ada.

Bermula pada Rabu 6hb November. Mula ada tanda-tanda awal macam nak demam. Tekak rasa perit. Badan rasa lesu. Esoknya terus mula selesama. Dapat MC.

Kemudian, tidak cukup lagi demam selesema, kena pula sembelit. Bermula Jumaat 8hb November, buang air terasa susah sangat. Terpaksa meneran. Najis yang keluar mula-mula itu agak besar, susulannya, ada darah sedikit. Agak risau.

Selepas itu, lama tak buang air. 5 hari. Buang air seterusnya pada Rabu 13hb November. Itupun kena paksa. Dan juga selepas makan nasi lemak dengan sambal yang berlebih-lebih. Masih ada darah. Saya beranggapan ianya luka.

Keadaan masih lagi kurang ok. Sehingga saat artikel ini ditulis.

Masalah baru muncul. Bahagian pinggang belakang rasa sakit. Seperti sengal-sengal. Bermula selepas main badminton petang Jumaat yang lalu.

Malam semalam, (Ahad 17hb November) makan pil Shaklee isteri punya. Dua biji. Katanya boleh mudahkan buang air besar. Tapi tak buang air besar pun. Esoknya, Isnin 18hb November, jumpa MA kat poli ni. Minta ubat sembelit. Dia bagi. Tapi tak buang air besar lagi.

Petang, bermain futsal. Bahagian peha ada sakit sikit salah urat mungkin. Tendang bola. Malamnya main badminton. Kesakitan pinggang makin terasa.

Hari ini, pergi Klinik Kesihatan Merlimau. Mengadu masalah sakit pinggang, sembelit dan tahi berdarah. Saya minta untuk check air kencing bimbang air kencing kotor. Sebab sebelum ni pernah kena sakit pinggang yang macam ni. Puncanya air kencing kotor.

Selepas pemeriksaan air kencing, keputusannya air kencing tiada masalah. Doktor kata kemungkinan otot sakit atau mungkin kesan angkat berat sewaktu main gym.

Doktor nasihatkan rehat sekejap aktiviti angkat berat kat gym tu.

Dapat ubat minum untuk lembutkan najis, ubat tahan sakit untuk sakit pinggang dan ubat sapu untuk kurangkan sakit.

Semoga sakit ini memberi pengajaran yang berguna dan kafarah untukku.

Semoga cepat sembuh.

3.30 pm tadi buang air dah. Lega. Najis lembut dan darah macam dah takde. Mudah-mudahan.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top