akujdt


Pasukan dari Liga Super Bola sepak Malaysia, Johor Darul Takzim nampaknya semakin teruja dan tidak sabar untuk tampil dengan barisan pemain dan pengurusan yang mantap. Belumpun habis perlawanan Piala Malaysia sebelum ini, pasukan JDT sudahpun menyenaraikan pemain-pemain yang bakal menyarung jersi keramat JDT ini.


Senarai nama pemain ini dikatakan telah rasmi dan tinggal tunggu masa untuk tanda tangan kontrak. Namun, semuanya ini mungkin masih spekulasi dan hanya khabar angin. Namun, khabar angin ini nampaknya tampak ke arah kebenaran. Kita lihat dan nantikan sahaja kesudahannya nanti. Satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat JDT.




[caption id="attachment_146" align="aligncenter" width="480"]jdt2014 Pemain yang dijangka bersama JDT 2014[/caption]

Saya mengulas sedikit perihal barisan pemain yang bakal membarisi pemain Johor Darul Takzim pada sesi 2014 ini. Nampaknya, resipi yang sama masih digunakan seperti mana untuk tahun 2013 iaitu 'membeli' ataupun mengambil pemain yang berstatus 'bintang' daripada pasukan lain.


Antara mungkin strategi ini adalah untuk menunjukkan kekuatan barisan pemain dan di masa yang sama melumpuhkan pasukan lain dengan mengambil pemain yang menjadi sandaran pasukan tertentu. Perkara ini adalah satu fenomena biasa bahkan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa sekalipun.


Penjaga Gol


Melihat 3 penjaga gol itu pun saya dapat memberi ulasan, bagaimana ketiga-tiga penjaga gol itu mahu mendapat tempat dalam kesebelasan utama kerana setiap kali perlawanan, hanya salah seorang sahaja yang akan diturunkan sedangkan ketiga-tiga mereka nampak dalam prestasi yang sedang membanggakan. Al Hafiz Hamzah cemerlang selama bersama JDT pada musim 2013. Manakala Norazlan Razali antara nama yang sedang meningkat naik dan disenarai dalam skuad kebangsaan. Cuma di hujung 2013, prestasinya agak hambar hingga Selangor merudum pada pusingan kelayakan Piala Malaysia. Izham Tarmizi pula tampak mempesonakan dengan aksi yang penuh keyakinannya di dalam skuad kebangsaan bawah 23 tahun beserta Harimau Muda.


Pertahanan


Untuk sesi 2014, pihak pengurusan PBNJ agak serius untuk memastikan defend pasukan berada di tahap yang terbaik. Jika sesi 2013, barisan defend dilihat kurang mendapat perhatian, tetapi untuk kali ini tidak lagi. Barisan pemain pertahanan antara yang terbaik di Malaysia dapat diserap masuk ke JDT dan ianya satu pemangkin strategi terbaik JDT bagi memastikan sudut pertahanan pada tahap yang terbaik.


Pemain seperti Daudsu, Subramaniam, Asrarudin, Mahali Jasuli dan yang utama Aidil Zafuan semestinya dapat memberikan tentangan yang baik pada sudut pertahanan JDT.


Tengah


Pemain midfield dilihat semakin kemas dengan kehadiran pemain-pemain seperti Syakir Shaari dan AMirul Hadi. Selain kehadiran Pablo Aimar yang pastinya akan menarik perhatian seluruh peminat bukan sahaja daripada JDT tetapi seluruh peminat bola sepak tanahair. Jika awal tahun 2013 dahulu, kehadiran Daniel Guiza mencuri tumpuan ramai pihak, begitu juga fenomenanya sekarang dengan kehadiran Pablo Aimar.


Bahang kehangatan Daniel Guiza tidak berpanjangan apabila tidak lama bersama JDT. Mungkin atas faktor prestasi atau dari sudut lain yang kita sendiri pun tak pasti. Adakah Pablo Aimar akan menerima nasib yang sama seperti Daniel Guiza? Hanya masa yang dapat memberi jawapannya. Kita nantikan bersama-sama.


Serangan.


Kelibat pemain striker JDT semestinya yang paling mencuri tumpuan. Barisan pemain inilah yang bakal meledakkan gol-gol yang menjadi impian setiap pasukan yang bertanding. Kehadiran pemain baru seperti Amri Yahyah dan Nor Farhan semestinya akan mendapat perhatian. Di samping pemain import Rodriguez yang tidak pasti sejauh mana beliau mampu memberi kejutan di dalam JDT. Di samping Nor Shahrul Idlam Talaha yang kekal bersama JDT, fenomena ini pasti akan memberikan impak dan satu perkara yang pasti akan ditunggu-tunggu ramai pihak.


Menyedari akan hal lambakan pemain bintang di dalam JDT, ianya memberi banyak pilihan kepada jurulatih baru JDT CESAR FERRANDO JIMENEZ yang bakal membimbing pasukan JDT ke satu tahap yang terbaik. Dalam masa yang sama, di kalangan pemain juga akan berebut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.


Adakah impian TMJ, Tunku Ismail Ibrahim untuk melihat pasukan JDT mendapat piala akan tercapai? Semuanya akan dapat dipastikan pada tahun 2014 ini dan sama-sama kita nantikan kesudahannya.

Post a Comment

Anak Johor said... November 8, 2013 at 11:23 AM

Johor Darul Takzim pasti akan mengaum tahun depan. Apa yang pasti, peminat johor akan terus menyokong pasukan johor walau kalah atau menang.

hidup mati johor!

upin said... November 8, 2013 at 4:02 PM

nie JDT...... JOHOR ape citer??? x kan di anak tirikan...

alongsafa said... November 8, 2013 at 4:17 PM

JDT dan Johor adalah satu keluarga.
Selamanya Harimau Selatan.

Random Posts

3/random/post-list
 
Top