baasit5Semalam saya berhajat untuk memperbaharui takaful dan juga cukai jalan kereta Proton Iswara saya yang telah tamat tempoh. Pada awalnya saya sekadar mahu baharuinya di Pejabat Pos kerana perkara itu yang saya sering lakukan sebelum ini.

Dalam jam lebih kurang 2.30 petang, saya mengajak pelajar praktrikal Rauuf untuk menemani saya pergi memperbaharui cukai jalan di Pejabat Pos. Saya perlu membawa teman supaya ketika parking kereta nanti, akan ada orang yang menunggu di dalam kereta. Perkara ini adalah kerana, kedudukan Pejabat Pos yang tidak mempunyai tempat parking menyebabkan pelanggan terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan sahaja.

baasit3Sebelum bertolak, Rauuf menyarankan sesuatu kepada saya.

"bang kenapa tak buat dengan tempat sepupu saya? Di Taman Debunga"

Oh, saya juga teringat akan ada sebuah agency yang membuat perkhidmatan baharui takaful dan cukai jalan. Namanya Baasit Agency. Pemiliknya menjadi rakan dalam facebook saya dan sering sahaja menawarkan perkhidmatan yang dijalankan di dalam facebook. Tetapi saya seperti curiga dan khuatir untuk buat di situ.

Puncanya hanya kerana: Tidak biasa dan tidak mahu buat sesuatu yang lain dari kebiasaan.

baasit2Tetapi atas cadangan Rauuf tadi, kami pun menuju ke Baasit Agency dan membatalkan hasrat untuk baharuinya di Pejabat Pos.

Saya katakan pada Rauuf. "kita tengok dulu harganya. Kalau lagi mahal dari yang tahun lepas punya, tak jadi buat. Buat di Pejabat Pos saja".

Kami sampai di pejabat Baasit Agency.

Lokasinya di Taman Debunga, Merlimau. Bahagian atas. Berdekatan dengan 7 Eleven.

Naik ke pejabat Baasit Agency, lalu terus berjumpa dengan pemiliknya yang bernama Baasit Mohyidin.

Proses rundingan pun bermula.

baasit1

Saya menukar daripada polisisi takaful yang lama kepada Takaful Malaysia. Harga yang dikenakan adalah RM238.45. Lebih murah berbanding tahun lepas punya. Lalu saya pun bersetuju.

Segala proses dijalankan disitu. Sebagai pelanggan saya hanya duduk menunggu dan berbual-bual dengan Baasit Mohyidin. Insan yang peramah dan mudah mesra dengan pelanggan. Sangat mudah dan selesa bekerjasama dengan beliau dan pastinya perkhidmatan terbaik begini akan dapat memberi kepuasan yang optimum kepada pelanggan.

baasit4Cukai jalan berharga RM72 (beserta cas atau komisyen barangkali). Dibuat terus disitu juga. Segala proses berjalan dengan cepat lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja. Dengan keadaan yang selesa tanpa menunggu lama, urusan saya berjalan dengan mudah dan cepat.

Berbanding berurusan di Pejabat Pos, yang perlu menunggu lama, kedudukan pelanggan yang terhalang oleh cermin penghalang, perlu berdiri pula, bagi saya servis yang diberikan oleh Baasit Agency sememangnya terbaik dan turut menyarankan rakan-rakan yang lain khususnya area Merlimau untuk memperbaharui cukai jalan di sini.

Saya sangat sarankan agar anda baharui takaful kenderaan di Baasit Agency!

Maklumat lanjut boleh rujuk Page beliau di SINI

Boleh juga hubungi melalui telefon:

Baasit Moyidin: 010-2119383

Pejabat: 06-2633639

Post a Comment

mat said... November 5, 2013 at 9:32 AM

bersebelahan pesuruh jaya sumpah merlimau...atau pom berdekatan maybank merlimau

alongsafa said... November 5, 2013 at 10:05 AM

Emmm.. mcm mana ya. Berdekatan dengan 7 eleven. Sebaris dengan maybank merlimau

Random Posts

3/random/post-list
 
Top