[caption id="attachment_74" align="aligncenter" width="607"]nasyidnew Menyertai Pertandingan Nasyid di UTEM[/caption]

Rasa macam tak percaya. Setelah sekian lama tidak naik ke pentas untuk bernyanyi nasyid, hari ini saya melakarkan sejarah tersendiri apabila telah naik ke pentas semula untuk membuat persembahan! Satu perkara yang sangat susah dan sukar untuk dilakukan tetapi ianya telahpun berlaku! Tolonglah percaya! Oh.

Pagi tadi, 26hb Oktober 2013, saya bersama tiga orang pelajar Politeknik Merlimau telah menyertai satu pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia, Melaka bersempena dengan Pesta Konvo Utem yang sedang berlansung.

Keputusan untuk masuk pertandingan dibuat di saat akhir apabila kekurangan ahli kumpulan untuk membuat persembahan. Saya dengan tidak semena-mena menawarkan diri untuk turut serta naik ke pentas bagi menyanyikan lagu yang telah dipilih.

Hanya satu malam untuk membuat keserasian dan paduan suara, persembahan pun dilakukan. Apa yang dirancang, yang dibuat pula lain. Itulah yang berlaku. Merancang gaya itu ini, bila di atas pentas, semua gaya entah ke mana. Bayangkanlah sekian lama tidak naik ke pentas membuat persembahan, tiba-tiba hari ini naik ke pentas. Tentu bermacam-macam perasaan muncul.

[caption id="attachment_75" align="aligncenter" width="584"]nasyidku1 Percussionist dalam program Malam Gema Nasyid Islam[/caption]


Mengenang semula tentang nasyid ini, tidak silap saya, kali terakhir saya naik ke pentas untuk membuat persembahan adalah semasa Malam Gema Nasyid Islam (kalau tak silap namanya) pada tahun 2004. Ketika itu saya berada di semester lima di Politeknik Ungku Omar. Program ini sempena Karnival Konvosyen PUO. Naik ke pentas ketika itu pun menyertai barisan percussionist. Sebab barisan penyanyi ketika itu di kalangan pelajar yang lebih muda.


Melalui zaman-zaman nasyid ini, sememangnya menggamit memori silam. Yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ledakan fenomena nasyid yang cukup kuat ketika itu memang mempengaruhi ramai masyarakat termasuk saya. Orang yang pada awalnya hardcore rock tiba-tiba berubah meminati nasyid.

[caption id="attachment_78" align="aligncenter" width="596"]nasyidku4 Persembahan nasyid di Program Rehlah[/caption]

Perubahan ketara saya berubah meminati nasyid dengan lebih mendalam adalah semasa di alam persekolahan. Ketika itu sedang meletup lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali. Tinggal di asrama, jadi waktu lapang yang ada seperti hujung minggu dan ketika prep adalah menadah telinga mendengar album Rabbani menerusi kaset yang dimainkan di walkmen. Dengar pun sembunyi-sembunyi takut warden buat sport check.



[caption id="attachment_76" align="aligncenter" width="618"]IMG_20131027_011440[1] Bertanding di Malam Kesenian dan Kebudayaan. Mendapat tempat pertama.[/caption]

Pada masa yang sama, pihak sekolah anjurkan pula pertandingan nasyid antara kelas. Bertambahlah beriya-iya nak masuk dan lantaran kemaruknya minat pada lagu Pergi Tak Kembali, lagu ini dipilih oleh kami untuk dinyanyikan semasa pertandingan tersebut disamping sebuah lagu ciptaan sendiri yang agak kelakar. Tetapi masih ingat lagi melodi dan liriknya hingga sekarang.


Memasuki era pembelajaran baru di Politeknik Ungku Omar, kemaruk nasyid masih kuat. Sewaktu semester satu, pihak Kamsis mengadakan Malam Kebudayaan dan antara acaranya adalah pertandingan nasyid. Saya dipilih menjadi ketua mewakili blok. Saya pun mencari anggota-anggota dan memang susah sebenarnya untuk membentuk kumpulan nasyid yang memerlukan komitmen dan komited.

[caption id="attachment_77" align="alignleft" width="278"]nasyidku3 Membuat persembahan sempena Majlis Tilawah Quran Peringkat PUO[/caption]

Kami namakan kumpulan kami sebagai WUFI. Lagu yang kami nyanyikan pada Malam Kebudayaan itu adalah Rasulullah dan Bersatulah Umat Islam. Satu kepuasan pada waktu persembahan itu apabila kami berjaya menyampaikannya dengan baik dan kami sendiri berasa akan 'meremangnya' lagu yang kami sampaikan. Dan kami mendengar khabar bahawa ramai yang terpegun menyaksikan persembahan kami. Kahkahkah. Mungkin kami yang perasan sendiri atau mereka sahaja je menyakat kami. Kami menjadi Juara pada pertandingan tersebut!

Bermula semester dua, saya sudah mula menyibukkan diri dengan organisasi. Dengan di kamsis dan juga Persatuan di peringkat kampus. Untuk episod-episod seterusnya, saya banyak tertumpu pada sudut pengurusan sahaja dan hal-hal nasyid banyak melibatkan 'adik-adik' junior. Senang cerita, saya menjadi penasihat dan pengurus kepada artis nasyid PUO. Kah kah kah. Bunyi nak gempak. Sampai ada satu tahap itu, panggilan membuat show clash dan perundingan perlu dilakukan untuk pilih mana satu program yang perlu dihadiri. Untuk generasi mereka, kumpulan nasyid ini dikenali sebagai U-Soft dan Wufi menjadi senior.

Menyelusuri dunia nasyid dulu dan kini tentunya berbeza. Dengan keadaan semasa, apa yang saya alami dulu sememangnya takkan dapat ditiru dan dibuat-buat semula pada hari ini. Nyata, pengalaman lalu adalah amat berharga dan ianya adalah salah satu harta yang paling bernilai buat kita.

Sekali sekala menggamit memori, apa salahnya kan?

[caption id="attachment_79" align="aligncenter" width="594"]Semasa Pentandingan Kesenian dan Kebudayaan Semasa Pentandingan Kesenian dan Kebudayaan[/caption]

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top