Saya baru sahaja install browse baru untuk komputer saya ini iaitu Google Chrome. Alhamdulillah, selepas install, saya amat teruja dan berpuas hati dengan prestasi Google Chrome. Browse ini diperkenalkan oleh sahabat saya Fityan Afzan (penafatih).

Google Chrome cemerlang jika anda mahu melihat video melalui youtube dan mana-mana web yang mempunyai video. Loading yang amat laju dan kepantasan yang amat memuaskan hati. Juga untuk mendownload apa-apa file. Mendownload file video (mpeg, wmv, 3gp dan sebagainya) seolah-olah sama seperti anda download file word!

Terdapat banyak penyedia browse. Antaranya seperti Internet Explorer (IE), Mozilla Firefox, Apple Safari, Opera dan lain-lain. Setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri. Ramai orang di Malaysia sinonim dengan Internet Explorer. Mungkin kerana IE antara browse terawal yang masuk ke dalam negara disusuli browse browse lain.

Jika anda mahu mencuba sejauh mana kehebatan Google Chrome ini, sila download di www.google.com/chrome

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top