Saya agak tertarik dengan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani bersama Siti Nurhaliza ketika Konsert Malam Sinar Maulidurrasul yang lalu. Lagu tersebut bertajuk Ketika Cinta yang dinyanyikan Siti Nurhaliza dan dijadikan sound track untuk filem Perempuan Berkalung Sorban terbitan Indonesia. Penyanyi asal lagu ini ialah kumpulan Opick.

Lagu ini bernada sayu dan mengheret emosi untuk merasa sayu menagih cinta terhadap Allah swt. Antara lain apa yang boleh saya simpulkan tentang lirik lagu ini, menceritakan tentang Saat ketika perasaan cinta kita terhadap Allah datang bertamu.

Cinta yang hadir itu diterjemah pada aspek yang lebih luas bagi menggambarkan betapa rindu dan cinta terhadap Allah swt itu adalah yang paling tinggi dan tiada taranya di antara cinta yang lain.

Bagi saya, lagu ini ada mesejnya. Lagu ini terjebak dalam kontroversi filemnya iaitu Perempuan Berkalung Sorban apabila timbul pertikaian berkaitan jalan ceritanya. Antara lain, filem tersebut cuba membawa satu keadaan bahawa mengapa wanita tidak boleh sama taraf dengan lelaki. Antara yang dipersoal adalah, mengapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin, menyatakan pendapat, menunggang kuda dan keluar rumah tanpa ditemani mahram.

Ulama Indonesia mengecam penerbitan filem ini kerana di dalamnya ada unsur pertikaian terhadap lunas hukum di dalam Islam secara jelas. Juga di pertikai tentang perjalanan pesantren yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Pesantren adalah sekolah pondok bagi rakyat di Malaysia.

Cubalah hayati lagu ini beserta liriknya.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top