Tika permulaan post ini ditulis, jam menunjukkan pukul 12.30 pagi.

Sudah 2 malam isteriku bermalam di Wad Hospital Muar. Rabu lalu, dia mengadu kepenatan yang amat sangat. Tak larat katanya untuk hadir ke sekolah mengajar.

Hari Rabu itu juga, aku menghantarnya ke Klinik Kesihatan Merlimau kerana rutin mingguan. Isteriku mengadu kepada nurse yang bertugas berkaitan apa yang berlaku sepanjang seminggu. Antaranya adalah keluar air coklat dan air jernih. Nurse tu kata tak ada apa-apa.

Hari Khamis, dek kerana mahu mendapatkan MC, aku membawa isteri ke Klinik Mesra di Semabok. Di klinik tersebut, apabila diberitahu berkaitan apa yang terjadi pada isteriku, dia menyatakan akan keseriusannya. Doktor menyatakan kemungkinan2 yang ada apabila tanda-tanda itu berlaku.

Lantas isteriku di scan untuk melihat keadaan baby. Bila di scan, keadaan dan kedudukan ok. Aku menarik nafas lega. Namun, doktor tersebut mengarahkan aku membawa isteri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Balik dari klinik, aku singgah dahulu di rumah. Niatnya mahu mengambil barang berkaitan takut2 kalau ditahan di wad.

Selepas zuhur dan selepas makan, kami ke Hospital Muar. Sampai sahaja di sana, isteriku terus di tahan.

Sampailah sekarang......

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top