Sabtu lepas, ada diadakan sebuah konsert yang diberi nama Konsert Amal Simfoni Keamanan di tempat kerja saya. Konsert tersebut melibatkan 4 buah kumpulan nasyid iaitu Algebra, Syifa, Sofieya dan Muslim Voice.

Saya agak tertarik dengan persembahan daripada kumpulan Algebra. Antara lagu yang mereka nyanyikan adalah lagu Aku Rela dan Yang Benar Tetap Benar. Kumpulan Algebra menggunakan konsep band untuk trade mark.

Sebagai seorang yang agak meminati muzik berasaskan band, saya sememangnya mudah untuk menerima pendekatan yang cuba dibuat oleh kumpulan Algebra. Di tambah pula dengan lirik-lirik lagu yang sarat dengan pelbagai nasihat, kebenaran dan tulus. Lirik2 di dalam album mereka di tulis oleh bekas Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Mungkin ramai yang masih keliru perihal penggunaan muzik bertali. Saya rasa, isu ini sudah sekian lama diperbahaskan dan pelbagai pandangan sudah saya perolehi. Oleh itu, pendirian saya mengatakan akan keharusan penggunaan alat tersebut pada sudut yang positif dan kreatif. Apa yang penting, tujuan matlamatnya adalah jelas.

Jujurnya, saya minat muzik kumpulan Algebra ini. Saya tidak mahu tahu siapa anggotanya. Saya hanya minat muzik. Bagaimana akhlak mereka, bagaimana ikhtilat mereka, itu bukan masalah saya.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top