Sekarang ini sedang hot di sana sini perihal cerita tanah runtuh. Yang paling hot adalah tragedi tanah runtuh di Taman Mewah Bukit Antarabangsa.

Minggu lalu, semasa pulang berhari raya Aidiladha di kampung, saya berbual-bual dengan orang tua saya perihal tragedi ini. Ayah saya mengatakan bahawa tragedi yang berlaku ini semestinya ada sebab. Ayah saya mengatakan, ini adalah salah satu cara 'peringatan' dari tuhan yang Maha Kuasa Allah swt. Untuk memberitahu kepada golongan golongan itu akan perlunya mengingati Allah dan tidal alpa dengan kenikmatan dunia.

Saya mencelah mengatakan, entah mengapa tidak pula timbul rasa kasihan di hati saya kepada mangsa tragedi ini. Entah! Tak tahu! Feel saya begitu. Malah feel saya lebih ke arah untuk mengatakan 'padan muka' kepada mereka.

Ayah saya juga ada mengandaikan bahawa kemungkinan ada yang tidak mengeluarkan zakat akan kemewahan yang dikecapi oleh golongan2 elite yang mendiami rumah rumah di situ.

Mendengar nama taman pun kita sudah tahu akan siapa yang tinggal di situ. TAMAN MEWAH! Sudah tentu golongan golongan biasa yang hanya sekadar mempunyai sebuah kereta tidak akan ada tempat di penempatan ini. Yang tinggal di situ golongan golongan yang sudah tak tahu nak berbelanja apa lagi untuk menghabiskan duit. Duit terlalu banyak. Hendak apa sahaja, boleh dapat. Mahu ke mana sahaja, boleh pergi.(klik read more utk artikel penuh)

Diharapkan, dengan tragedi yang berlaku ini, akan menginsafkan mereka dan mendekat diri mereka kepada Allah.

Namun, harapan tinggal harapan. Laporan2 di berita televisyen dan surat khabar amat menjengkelkan. Mereka semua tidak pernah berasa susah. Sebab itu mereka sanggup memaki hamun petugas2 yang keletihan yang pada pandangannya tidak membantu mengangkat barang. Mereka terlalu manja hinggakan anggota tentera yang kepenatan mengatakan si dia itu tidak bijak kerana membeli rumah di situ sanggup membuat laporan polis.

Golongan2 ini tidak mengenang budi. Mereka seharusnya dibiarkan sendirian tanpa dibantu mengenangkan sifat berlagak dan bongkaknya mereka kepada masyarakat dan petugas rakyat biasa yang pada anggapannya sudah tentu tidak setaraf dengannya. Namun, dek kerana sifat simpati, petugas2 ini masih ikhlas membantu sekadar mampu... bukannya kuli yang boleh diarah arah sesuka hati. Yang bodoh terus menjadi bodoh. Orang kaya kebanyakannya memang begitu agaknya.

Isyarat dari tuhan tak mampu diterjemah oleh hamba Allah pada dunia akhir akhir ini. Manusia sudah buta dengan hidup dalam dunia. Tragedi tanah runtuh ini sudah tentu mempunyai hikmah dari Tuhan bagi orang2 yang mahu mentafsir dari kalangan yang beriman.

Sebelum ini, satu tragedi juga membawa manusia agar mengingati Allah iaitu banjir besar di Johor. Sewaktu saya menjadi salah seorang petugas misi banjir ketika itu, mangsa dengan penuh ikhlas mengatakan itu semua adalah ujian dari Allah. Mereka insaf. Dan saya yakin, dari kerana peristiwa banjir besar itu, semua orang sedar bahawa bencana itu datangnya dari Allah. Allah mahu manusia menterjemah apa yang ada di sebalik bencana itu. Hasilnya, selepas banjir, ramai yang insaf. Namun berapa lama insaf itu boleh bertahan? Hari ini, yang dulu mengatakan insaf, sudah tidak berapa nak insaf. Mereka lupa. Mereka kembali kepada diri mereka yang asal. Manusia hari ini sudah buta....

Bagaimana pula dengan tragedi tsunami pada tahun 2004 dulu? Ya! Terlalu ramai yang mengatakan tsunami adalah 'signal' dari Allah. Allah mahu menunjukkan kuasanya kepada manusia. Allah boleh memberi bah kepada muka bumi bila2 masa. Tika itu, ramai yang insaf. Ramai yang kembali kepada Allah. Itu adalah pada waktu itu. Sekarang bagaimana? Pada perkiraan saya, yang insaf sudah tentu berkurangan. Kerana mereka makin lama makin lupa.

Inikan pula tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa ini. Ada yang insaf atau tidak ya di kalangan orang orang kaya terebut? Kalau ada baguslah... Tapi, ada harapan ke?

Post a Comment

amal said... December 18, 2008 at 12:21 PM

apa yang anta tulis memang benar..
kalaulah ada seorang daripada mangsa tanah runtuh yang insaf itu sudah cukup bagus
zaman sekarang..
golongan elite lah katakan
mana setaraf dengan golongan biasa
agaknya mereka lupa mereka itu juga hamba
HAMBA ALLAH
subhanallah

Random Posts

3/random/post-list
 
Top