Di dalam organisasi, semua orang yang berada di dalamnya harus sedar bahawa semua orang ada suara, ada hati, ada telinga, ada perasaan dan sebagainya. Banyak punca organisasi menjadi mantap dan banyak juga punca organisasi menjadi lemah.

Dalam setiap organisasi, yang paling penting adalah ketuanya. Ketua adalah tempat rujuk. Ketua adalah ikon yang dihormati. Setiap kata-kata ketua ibarat permata dan buah yang manis bagi santapan ahli. Ketua yang menentukan keputusan, ketua akan disayangi bila dia berjaya memenangi hati rakyat.

Bukan mudah untuk menjadi ketua. Menjadi ketua sehabis boleh mestilah cuba memuaskan hati semua pihak. Ketua tidak seharusnya bersikap individual dalam menentukan apa juga keputusan. Ketua juga tidak boleh pilih kasih dalam mengendalikan sesuatu situasi dan suasana. Ketua yang tak boleh dilawan kata-kata nya adalah ketua yang mementingkan diri sendiri. Ketua ibarat orang tengah dalam menentukan keputusan mana yang lebih baik untuk dibuat bagi kesejahteraan orang lain. Kadangkala ketua harus mengalah pada kemahuan diri sendiri bagi memberi laluan kepada kemahuan rakyat (ahlinya)

Untuk membuat keputusan, ketua harus berbincang sesama jawatankuasanya bagi memuaskan hati rakan kerja yang lain. Ketua bukan bekerja seorang diri. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah hasil titik keringat ahli rakyatnya yang bekerja. Maka kerana itu, setiap ahli jawatankuasa harus diberi hak untuk sama-sama membuat keputusan. Di sana, barulah fungsi ketua sebagai memuktamadkan keputusan setelah dibincangkan.

Jika ketua mengamalkan konsep 'kroni' iaitu berbincang dengan seseorang yang dia anggap orang kepercayaannya, di sini sudah wujud ketidak adilan dalam organisasi. Elok sahaja dibubar jawatankuasa kerana jawatankuasa yang ada itu tidak dihormati oleh ketua nya sendiri.

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top