Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Kak Khadijah Ismail dan suaminya yang tercinta iaitulah Ramadhan Fitri.

Ahad lepas aku menghadiri majlis walimah kak dijah di Bakri, Muar Johor. Aku bertolak dari rumahku jam 2 petang. Sebelum itu, isteriku sibuk masak memasak kerana khabarnya kawan dari satu kampus dia nak datang. Kawannya janji dalam jam 4 ptg nak dtg.

KLik Read More..

Setelah bersiap-siap untuk ke walimah kak dijah, isteriku mendapat telefon daripada kawannya mengatakan kawannya t
ak jadi datang. Serta merta wajah isteriku berubah. Tergambar wajah kecewa dan kecil hati nya apabila kawannya yang sudah berjanji untuk datang tiba-tiba membatalkan janji begitu sahaja.

Kecewa kerana sikap kawan yang lansung tak fikir perasaan kawan yang lain. Isteriku sudah penat masak, tiba-tiba sedap-sedap aje nak batal. Aku menyuruh isteriku memberitahu kawannya itu bahawa kita sudah masak banyak. Tapi isteriku tak mahu.

Setelah emosi agak reda, kami pun bergerak menuju ke walimah kak dijah. Sampai di sana, berjumpalah bebrapa kawan kawan yang lain. ANtaranya adalah wan sarif dan isterinya Ayu.



Aku dan isteri sempat juga bergambar bersama pasangan pengantin yang nampaknya masih kekok dan malu-malu lagi ni. Hehhe. Kelakar je tengok kak dijah dan ust ramadan ni. Malu-malu kucing lah pulak. Maklumlah, baru first time boleh pegang pegang.


Pengantin lama pun berangkat pulang.

Post a Comment

Anonymous said... October 22, 2008 at 11:43 PM

Assalamualaikum...

terima kasih atas paparan saudara ttg kawan2 isteri saudara. mmg sukar nak berlapang dada (tgh usaha fikir yg positif skang ni). mlm ini syawal yg ke 23, masih ade ruang untuk sama-sama memohon maaf. saya kira amat berat tuduhan saudara dgn apa yg saudara tulis (kita bertanggungjwb setiap yg kita kate), pertuduhan tanpa usul periksa. tp xpe, manusia itu sifatnya pelupa, berbuat kesilapan.
kite selalu fikir di pihak kita (sblh pihak) tanpa nak tau pihak yg satu lagi. satu perkara yg saya ingin sebut, berfikir sblm bertindak. perbuatan mengaibkan orang Rasulullah s.a.w x pernah suruh. Bahkan Rasulullah s.a.w galakkan jaga maruah saudara kita. jika ade sbrg perkara yg kurang berpuas hati, elok disampaikan pada orangnya, bkn dibuka pd khalayak ramai. (maruah saudara kita, maruah kita).

untuk yg terawal dan yg terakhir.
Mintak maaf zahir & batin sempena bulan kesyukuran dan kemenangan (bg yg menang la). Ramadhan meninggalkan, menggambarkan siapa kita sebenarnya. tp peluang untuk berubah masih ade untuk mereka yang tahu menghargainya.

wassalam.

AlongSafa said... October 24, 2008 at 2:09 PM

Buat cordova, terima kasih atas respon anda.

Blog ini adalah blog peribadi saya dan apa yang saya tulis di sini adalah lahir dari isi hati saya.

Saya tidak menuduh kawan isteri saya dengan tuduhan yang teruk. Saya cuma melahirkan rasa terkilan saya atas kejadian yang telah berlaku.

Jika perkara ini cik Cordova menganggap saya yang beralah, saya berasa, situasi ini adalah tidak adil.

Saya ada prinsip. Antara prinsip yang betul2 saya ingin jaga adalah berkaitan janji.

Terpulang kepada cik Cordova untuk nak mempertahankan tindakan.

Saya mohon maaf andai ada yang terasa atas posting saya.

Saya tidak menyebut nama kawan isteri saya, so, tidak ada maruah sesiapa yang jatuh di sini.

Saya harap, di masa mendatang, saya ingati diri saya dan sidang pembaca sekalian agar lebih berhati-hati.

Jazakallah.

Zaid Akhtar said... November 12, 2008 at 11:58 PM

Salam.
Saya pun pergi juga. Al-maklum Ustzh Khadijah tu dlm kalangan saudara mara saya belah mak. Arwah bapanya org endau.

Along tiba pukul berapa masa tu? Saya sekitar jam 1.30ptg. Ramai juga wajah2 familiar tapi tak berani nak tegur. Kecuali sedara mara je la.

AlongSafa said... November 17, 2008 at 9:45 AM

Ust Zaid Akhtar (penulis novel best seller Salju Sakinah) pun hadhir juga ya? Anta balik jam berapa? Ana tiba di rumah pengantin jam 2.30 petang (lebih kurang).

Time tu, famili ust Ramadhan sedang sibuk untuk bertolak pulang.

Oh, rupanya anta ada pertalian saudara dengan Arwah Ustaz Pak Mail ye? Ana dengan adik beradik kak Dijah agak rapat juga. Abgnya Zaiskandar tu mmg kamcing lah.

Salam UkhwahFillah buat Ustaz Zaid Akhtar, ana kagum anta syekh!

Zaid Akhtar said... November 17, 2008 at 9:25 PM

Salam.

Sekitar 2.30ptg tu rasanya kami hampir beredar. Masa nak balik tu famili Ust Ramadhan ada lagi.

Uda Mail tu pangkat tok tiri dengan kami. Jumpa pun time raya puasa selalunya. Anak-anaknya yang agak muda tak kenal mesra sangat dengan saya kecuali ZaIskandar, sbbnya kami hampir sebaya. Masa kecil-kecil dulu pernah bermain bersama ketika cuti sekolah di kampung. :-)

Random Posts

3/random/post-list
 
Top