Akademi Nasyid terbitan TV9 telahpun melabuhkan tirainya sebelum Ramadan yang lalu. Yang menang adalah Azhan Atan, sahabat saya dan satu negeri. Saya kenal dia tetapi tak pasti sama ada dia kenal saya ataupun tidak.

Pertandingan Akhir Akademi Nasyid yang disiarkan secara lansung itu menampilkan Hafiz Hamidun sebagai pengacaranya. Hafiz Hamidun adalah bekas anggota kumpulan nasyid terkenal satu tika dahulu iaitu kumpulan Unic. Hafiz keluar dari kumpulan tersebut dengan alasan mahu bergerak dengan sendiri.

Juri / Pengadil pada Pertandingan Akhir Akademi Nasyid itu pula menampilkan ketua juri Farihin Abd Fatah, Ust Rodhi Taranum dan komposer yang mungkin terkenal iaitu Azmeer.

Pengambilan Azmeer sebagai juri bagi sebuah pertandingan nasyid menimbulkan ketidakpuasan hati majoriti peminat dan penggiat nasyid kerana Azmeer bukanlah 'ahli' di dalam dunia nasyid. Azmeer hanya mahir berkaitan penciptaan lagu, lirik, vokal dan susunan lagu. Sedangkan nasyid bukan terikat dengan peraturan itu. Nasyid membawa roh. Bukan hanya dinilai pada susunan vokal mahupun kehebatan ciptaan lagu.



Antara peserta akhir adalah Aiman, Azhan, Shukri, Eda, Dvision, Muslim Voise.

Aiman membawa delegasi yang ramai beserta pakaian seragam yang kononnya berkeyakinan tnggi untuk memenangi pertandingan itu. Dengan menyanyikan lagu Nur Kasih dan Dusta Berkalang ciptaan Hafiz Hamidun, sangkanya boleh membawa dirinya menjadi raja pertama prgm realiti itu. Hafiz Hamidun telah melamar Aiman sebagai artis di bawah syarikatnya dan Hafiz memberitahu sebelum final lagi kepada saya bahawa beliau memang akan melamar Aiman sebagai artisnya walau menang atau kalah. Mungkin Hafiz berminat dengan intonasi suara Aiman yang seakan-akan suara Shah Inteam.

Peserta fovorite saya untuk pertandingan ini hanya dua iaitu Azhan Atan dan kumpulan Dvision. Kumpulan Dvision mepersembahkan persembahan yang tidak kurang mantapnya. Namun, dek kerana jahilnya Azmeer dalam bidang nasyid, dia boleh memperlekehkan style kumpulan Dvision yang hanya menampilkan seorang sahaja lead vokal. Mungkin Azmeer tidak tahu apa itu nasyid sehingga dia menyuruh semua orang menyanyi vokal.

Hendak kata tak tahu, dia itu komposer terkenal. Tetapi mengapa mahu disamakan kumpulan nasyid dengan kmpulan biasa seperti KRU, Indigo, Inuwendo, Kopratasa dan sebagainya???

Di dalam nasyid, terdapat tugas sendiri bagi setiap orang. Antara tugasnya adalah Lead Vokal, 2nd Vokal, Harmoni dan Bass. Perkara inilah yang diamalkan oleh kumpulan nasyid era 90 an dan awal tahun 2000. Antara kumpulan tersebut adalah Rabbani, Raihan, Hijjaz, Saujana, Firdaus, Diwani dan lain-lain. Kummpulan nasyid ini semua menampilkan anggota nasyid yang masing2 mempunyai satu peranan sahaja. Lead vokal hanya seorang dan begitu juga untuk tugas yang lain.

Seingat saya, 'turning point' perubahan berkaitan tugas di dalam nasyid ini bermula dengan wujudnya kumpulan In-Team yang diperkenalkan oleh kumpulan Hijjaz. In-Team memulakan kaedah 'semua nyanyi'. Ini merupakan trend baru di dalam nasyid dan hasilnya Inteam diterima umum dan inteam naik dengan hebat ketika itu.

Tidak cukup dengan In-Team, Hijjaz menubuhkan pula UNIC yang turut menampilkan trend yang sama seperti In-Team dan Unic juga berjaya memberi 'duit' kepada Hijjaz. Hijjaz menjadi kuasa besar nasyid ketika itu. Show sana sini. Di radio IKIM pula, Hijjaz mengusai hampir majoriti rancangan nya hingga timbul suara tidak puas hati yang mengatakan seolah-olah radio Ikim adalah Radio Hijjaz. Carta Ikim sentiasa dikuasai oleh kroni Hijjaz. Ucapan2 pagi petang malam juga dikuasai oleh peminat Hijjaz yang dikenali dengan nama SahabatHijjaz.

Kembali kepada kumpulan Dvision, dek kerana komen Azmeer yang agak 'meruntuhkan' semangat, memberi effect kepada pengadilan juri dan juga undian sms penonton. Saya yakin, Azmeer memberi markah yang rendah kepada kumpulan Dvision.

Bagaimana pula dengan Azhan Atan? Seorang insan yang tidak seperti insan biasa. Beeliau kurang normal pada bahagian matanya. Bukan tidak nampak, tetapi tidak jelas. Adakala, penglihatannya akan terjejas hingga dia terpaksa dipimpin.

Azhan dari awal kemunculannya hingga akhir menjadi fovorite kebanyakan penonton. Mungkin penonton menyifatkan Azhan sebagai peserta luar biasa kerana walau dalam keadaannya begitu, suara nya lunak dan merdu hingga tersentuh hati orang yang mendengarnya.

Ramai orang berkata, keikhlasan Azhan terserlah di setiap persembahannya. Pabila sampai part vokal tinggi, ramai penonton yang mengalami sindrom 'darah berderau' dek kerana penyampaiannya. Mengapa ya? Saya tidak mahu berbohong dan saya akui yang darah saya juga berderau. Entah mengapa....

Secara peribadi, saya mengakui keikhlasan Azhan. Tujuan Azhan masuk ke dalam rancangan itu bukan kerana mahu glamor dan mengejar wang 100K itu. Tidak seperti kumpulan lain seperti kumpulan Muslim Voise yang berindentiti ntah ape-ape. Ada seorang anggota kumpulan itu yang berfesyen rambut yang amat menjelekkan.

Azhan mempunyai prinsip. Di sepanjang persembahan, Azhan sentiasa berkopiah walau khabarnya ada arahan yang menyuruh Azhan menanggalkan kopiahnya.

Mungkin disebabkan prinsipnya ini, pada rancangan Melodi 2 minggu lepas, mengatakan Azhan sombong. Sombong kerana memperthankan prinsip Islam. Syiar Islam.

Dan saya rasa faktor terpenting kemenangan Azhan ini adalah berkat hidup berjemaah. Duduk di dalam jemaah Islam. Hasilnya, kekuatan jemaah itu diterjemah dengan kemenangan Azhan.

Sehari sebelum Azhan bertanding, Pemuda jemaah yang Azhan sertai telah melancarkan kempen Jom Undi Azhan secara senyap melalui pesanan di setiap peringkat kawasan dan cawangan di seluruh malaysia. Pesanan yang dihantar melalui sistem sms pemuda jemaah itu telah disebar secara meluas kepada seluruh ahli.

Pendapat saya, kerana itulah antara punca kemenangan Azhan. Kemenangan Azhan adalah kemenangan Islam. Ramai yang mengundi Azhan di samping doa yang diucapkan oleh jutaan ahli jemaah. Siapa kata doa sudah tidak ada kuasa? Doa adalah senjata mukmin.

Kini Azhan sudah menang. Glamor juga. Diharap Azhan mampu untuk mengharungi liku-liku dunia ini.

Berpegang teguhlah kepada tali Allah..

Post a Comment

Unknown said... September 26, 2008 at 2:06 AM

dapat msg itu.. dari UKJ..
Tahniah2...

AlongSafa said... September 26, 2008 at 7:10 AM

fiza pun dapat juga ya mesej tu? memang sms itu disebar dengan meluas. Forwad memforwad.

Afzan Rahman said... October 7, 2008 at 1:44 PM

xdapat mesej...tp xtau nape...tergerak hati nk undi dia...rupanya disebabkan ukhwah islamiah...wpun tidak kenal tp kita mempunyai matlamat yg sama, berdiri di atas panji yg sama...semoga Islam kan peroleh kemenangan besar suatu hari nnt..insyaAllah

munadib said... October 7, 2008 at 4:18 PM

salam..

ana tak undi Azhan walaupun dapat SMS tu..ada perkara yang ana tak berkenan pada dia..

in fact, ana tak undi sape2 pun yang join Akademi Nasyid ni..

Anonymous said... October 13, 2008 at 8:47 AM

tahniah pada yang menang

Pengurusan Muamalat said... October 26, 2008 at 3:53 AM

Setiap orang berhak untuk nyatakan pandangan sendiri.. Namun menyifatkan kejahilan seorang yang mahir dengan selok belok dunia muzik menjelaskan kejahilan penulis sahaja... Nasyid dalam akademi nasyid bukanlah 'nasyid' dalam genrenya yang sebenar.. ia lebih kepada lagu islam.. komentar Azmeer adalah tepat berasaskan kapasitinya... better avoid to talk about something we didnt exactly know.. Islam forbit us to talk about something that we dont have good capasity in it..

Random Posts

3/random/post-list
 
Top