Assalamualaikum wbt. Sudah lama rasanya tidak meng update blog ini. Agak sibuk menguruskan pelbagai perkara dan majlis-majlis akan datang. Tambahan pula, tika musim cuti sekolah yang lalu, banyak sekali jemputan Walimatul Urus yang diperoleh. Tidak semua dapat dihadiri.

Sekadar mencoret program yang lalu. Iaitu pada 24-25hb Mei 2008 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat di bawah naungan II Solution menjayakan sebuah lagi program di beri nama Khemah Ibadah untuk Sekolah Menangah Kebangsaan Sinar Bintang, Segambut Selangor.

Program ini dikepalai oleh akh Merico yang bertindak selaku Ketua Fasi. Program berjaya dengan cemerlang dan modul yang ditekankan untuk program kali ini lebih ke arah kesempurnaan dalam beribadah.

Ibadah yang paling ditekankan adalah kesempurnaan dalam bersolat yang mana pada satu LDK itu, diisi dengan praktikal solat yang lengkap bermula dari kaedah mengambil wudhuk yang sempurna sehinggalah yang terakhir selepas salam. Peserta adalah dari kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semua peserta menerima dengan baik segala pengisian yang dibuat.

Pada awal pagi hari Ahad, kami sekalian fasi membawa semua peserta ke Tanah Perkuburan yang terletak tidak jauh dari lokasi program. Slot ini yang paling disukai oleh peserta kerana kebanyakan mereka mengatakan tidak pernah lansung ke tanah perkuburan pada waktu malam.

Program Khemah Ibadah ini tamat pada jam 12 tengahari dan majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua sekolah tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan pakej kami II Solution, boleh melayari laman web yang telah disediakan iaitu www.iisolution.com

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top