Berikut adalah antara strategi dan taktik peperangan Rasulullah SAW, sepanjang yang saya tahu. Dan kesemuanya boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian:

1. Pemimpin mesti rela dipimpin. Pemimpin mesti di depan tetapi dalam masa yang sama mesti rela berada di belakang, dipimpin. Dalam satu peperangan, Rasulullah dipimpin oleh tentera Islam yang masih berumur remaja.

2. Cara terbaik untuk memenangi peperangan ialah mengelakkan peperangan itu. Setiap peperangan mesti bersebab. Hanya setelkah tidak boleh dielakkan, barulah dibolehkan berperang.

3. Untuk menang, wajib mengenali kekuatan diri sendiri dan dalam masa yang sama mengenali kekuatan musuh. Sebab itu dalam setiap peperangan Rasulullah ada perisik yang merisik kekuatan musuh.

4. Untuk menang, wajib mengenali kelemahan musuh dan dalam masa yang sama wajib mengenali kelemahan diri sendiri.

5. Menyerang pada saat yang tidak dijangka sama-sekali. Expect Unexpected.

6. Berpura-pura lemah tetapi kekal kuat. Bila kelihatan lemah, pihak musuh menjadi angkuh dan lalai. Serangan boleh dilakukan pada saat keangkuhan memuncak. Expect Unexpected.

7. "Kalau panas makan tepi-tepi dulu" Ini ada saya paparkan di dalam buku "Hendak Susah Ataupun Senang"

8. Pra-peperangan banyak menggunakan "tipu muslihat". Sebagai contohnya: tentera Islam bukan saja hebat bahkan mestilah kelihatan dan kedengaran hebat dan menakutkan pihak musuh. Perasaan takut pihak musuh menyebabkan mereka berundur. Penglihatan, pendengaran digabungkan untuk menghasilkan perasaan.

9. Pra-peperangan sebenarnya adalah untuk mengelakkan peperangan dan lebih banyak digunakan bagi menakut-nakutkan musuh.

Antara "tipu muslihat" yang pernah saya dengar:

1. Rasulullah memerintahkan memasang unggun api yang banyak, bahkan terlalu banyak dan sebahagiannya disangkutkan pada pokok-pokok. Tentera musuh menjadi gerun dan berundur kerana menyangka unggun api itu adalah jumlah tentera Islam.

2. Peralatan tentera mesti berkilat dan boleh membalikkan cahaya. Ini juga menggerunkan pihak musuh.

3. Saya peroleh dari Syam Inteam atau Syam Dehearty: Rasulullah memerintahkan supaya rambut tentera yang sudah beruban diwarnakan hitam. Ini menakutkan musuh kerana menyangka kesemua tentera Islam muda dan bertenaga luar biasa.

4. Tentera Islam mengamalkan bersugi. Satu khabar disebarkan dan sampai ke pihak musuh bahawa tentera Islam "makan orang" dan sedang giat mengasah gigi setiap hari, 5 kali sehari.

5. Berpura-pura berani akan menjadi benar-benar berani. Tidak ada siapa pun yang boleh membezakan antara benar-benar berani dengan pura-pura berani.

Copyright From Razzi Armansur: www.razziarmansur.com

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top