Pages

Wednesday, March 5, 2008

Bagaimana Mahu Berdakwah Yang Mudah?

ADA SAHABAT YANG BERTANYAKAN SOALAN BERKAITAN DAKWAH MELALUI EMAIL. SAYA SIARKAN DI SINI UNTUK TATAPAN KITA BERSAMA.

SOALAN
Salam Saudara Safa

Saya sekadar mahukah penerangan daripada anda tentang kegiatan dakwah dalam apa jua cara. Termasuk di blog.

Sebagai contoh, kuliah maghrib di maasjid, usrah dan sebagainya. Semua aktiviti amar makruf nahi mungkar itu hanya disertai oleh orang yang 'baik-baik' belaka. Sama juga seperti kempen Kesedaran Benci Dadah, yang hadir pada kempen tersebut hanyalah golongan pelajar sekolah yang 'baik-baik', guru-guru dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Di mana keberkesanan proses dakwah itu jika mesej yang hendak disampaikan itu tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya? (golongan tidak sedar diri)
wallahualam.

pendekar_kampung

JAWAPAN
Dakwah membawa maksud yang luas. Saya secara peribadi boleh mengistilahkan dakwah ini kepada konsep menyampaikan dan mengajak. Malah, mungkin pengertian dakwah itu sendiri sebenarnya lebih luas dari itu.

Berdakwah tidak semudah mengucapkan perkataan 'dakwah' itu sendiri. Sememangnya di luar sana ramai yang mengatakan 'berdakwah' dan cara dakwah mereka juga pelbagai. Suatu ketika semasa saya kecil, ada satu filem berjudul 'NADA DAN DAKWAH' yang dilakonkan oleh artis Indonesia Rhoma Irama. Dakwah di sana menggunakan konsep 'rock' islamic. Kini, dakwah yang ber-'style' begitu semakin banyak dan semakin pelbagai konsep yang diperkenalkan.

Berdakwah boleh dilaksana dengan menulis, menyanyi, ceramah, mengaji, bercerita dan banyak lagi. Transport 'dakwah' terlalu banyak dan dimana sahaja dakwah boleh berlaku. Di blog ini juga satu tempat yang sesuai untuk berdakwah. Melalui penulisan, cambahan ilmu, idea dan pendapat memungkinkan pembaca akan mendapat manfaat dan kesedaran. Itu di antara objektif penulisan di blog. Malah, pemilik blog akan berjaya 'menambat hati' pembaca jika dia bijak membina pengaruh dan apa yang disampaikan melalui penulisannya bukanlah hanya sekadar 'suka-suka' tetapi lebih kepada membaca satu mesej iaitulah bagi mengajak pembaca berfikir dengan lebih matang dan dewasa.

Mungkin ada juga blog-blog 'sampah' yang sekadar memaparkan 'sembang kosong' dan perihal cinta islamic, angan-angan melambung dan sebagainya. Maka disitu, yang menilai adalah pembaca. Pembaca berhak untuk memilih apa sahaja material dakwah yang terhidang dan tersedia di internet ini bagi 'makanan' dirinya. Jika makan benda berkhasiat, tentunya kesihatan 'iman' juga akan terpelihara berbanding makanan 'busuk' dan 'expired' yang jika memakannya akan menyebabkan hati semakin jauh daripada tuhan.

Berbalik semula kepada soalan, persoalan kehadiran yang mana kebanyakan hadirin yang ada untuk program2 ini adalah orang-orang yang baik. Memanglah. Golongan baik sahaja lah yang datang ke majlis dakwah. Sudah memang ini satu hakikat. Golongan jahat memang takkan datang ke majlis dakwah seperti kuliah dan usrah. Mereka gelisah, mereka resah jika datang ke program yang padanya merasa agak 'memualkan'. Jadi, bagaimana mahu mengajak mereka?

Jangan pening memikirkan 'mengapa tiada kesan'. Fikirkan 'apa tindakan'. Soal berjaya atau tidak itu perkara nombor 2. Apa yang lebih penting, kita ON kerja kita. Terima tak terima itu belakang cerita. Untuk mendekati golongan-golongan jahat ini tidak semudah dalam tulisan kertas kerja. Hati mereka keras. Jika kita dok 'hentam sajalah' dengan lansung tiada strategi dakwah akan menyebabkan mereka lebih membenci dan menjauhi Islam. Saya pernah didatangi sekumpulan pemuda yang berpakaian jubah dan kopiah ketika saya selesai 'bermain bola'. Dalam kepenatan itu, mereka memanggil saya dan berkata, 'dik, 5 minit kejap, kita nak fikir atas iman dan amal'. Saya yang ketika itu agak mentah berkaitan dakwah, islam dan sebagainya terpaksa menjadi 'tunggul' mendengar salah seorang dari mereka membebel. Bila selesai, saya terus berlalu tanpa ada kesan lansung dan hanya 'buang karen'.

Dari segi niat, saya rasa bagus juga tindakan itu, cuma jika dikaji pada sudut perlaksanaan, ianya agak kurang konsisten dan tampak dakwah ini seperti bertaraf 'kaki lima' sahaja. Orang sekeliling pasti agak memperli dan mengejek golonagn ini kerana perlaksanaan yang agak kurang diterima ramai. Berdakwah juga namanya tu, tapi cuma fikir sedikit berkaitan strategi. Jika kena tempatnya, saya yakin dakwah itu akan berjaya dan ahli dakwah akan semakin bertambah. Bukan datang dan pergi, tapi datang dan istiqamah! Jangan biarkan 'calon pejuang allah' itu datang dan kemudian 'pergi'. Pastikan kedatangan mereka kita sambut sebagai 'ahli baru pejuang allah!'.

Semasa di pengajian, saya ada memahami sedikit sebanyak berkaitan psikologi dakwah. Disitu diajar bagaimana strategi dakwah yang berkesan bukan sahaja pada orang lain, tetapi pada diri sendiri, masyarakat malah seluruh dunia. Selok belok dakwah ini yang mungkin jika diteliti agak 'memeningkan kepala' kerana kerja ini sebenarnya kerja berat. Dakwah adalah satu kerja yang dimulakan oleh Rasulullah dan tugas ini sangat berat dan membebankan! Beratnya dakwah ini sehingga tak mampu dipikul oleh kita seorang sahaja. Maka, kaedah yang perlu bagi semua ahli dakwah yang ingin berdakwah ialah melaksanakannya dengan beramai-ramai. Dengan kata lain, bagi menyeru seruan dakwah, kita dituntut untuk melaksanakannya secara berjemaah! Maka perlulah disitu wujud satu jemaah yang secara khusus memperjuangakn Islam dengan syumul agar 'keberatan' dakwah ini akan sama-sama dipikul oleh semua sekali ahli jemaah. Bila dipikul beramai-ramai, yang berat akan jadi ringan!

Berjemaah adalah salah satu daripada ribuan strategi dakwah. Sebelum kita bertanya, bagaimana nak memberi dakwah yang berkesan kepada golongan 'tak sedar diri', pastikan persiapan kita sebagai pendakwah dilengkapkan terlebih dahulu. Begitu juga bisnes roti canai, pastikan roti canai anda betul-betul masak garing, berkualiti dan kuahnya 'kaw kaw' bagi memastikan anda akan mendapat 'pelanggan tetap'! Jadi, perlunya satu 'persiapan!' bagi memastikan dakwah kita juga akan mendapat 'pelanggan tetap!'

Dakwah jika dihurai sebenarnya terlalu banyak. Untuk info lanjut berkaitan dakwah, saya rasa di internet ini berlambak-lambak artikel yang berkaitan dakwah seperti dakwah fardiyyah (dakwah perseorangan), dan sebagainya. Gunakan kemudahan ini untuk kebaikan kita bersama. Semoga sedikit penerangan dari saya akan memberi sedikit manfaat kepada kita semua. Maaf jika ada sebarang kenyataan yang tidak memberi mesej yang jelas dan apa juga kesilapan. Ini adalah pendapat peribadi saya. Betulkanlah jika ada kesilapan pada ruangan komen artikel ini.

Jika ada soalan lain yang nak dihantar, boleh hantar di email saya ataupun YM saja. Sekian Wassalam.

2 comments:

puteri_rijalullah said...

mantap artikel ini.sangat menyedarkan kekurangan diri..terima kasih sahabat..doakan ana =(

AlongSafa said...

terima kasih.
Insyallah semoga ada manfaar untuk semua