Saya mendapat email berkaitan kiasan madu. Berikut adalah emailnya dan saya sertakan sekali respon yang saya beri kepada pemberi email tersebut. Semoga ada sedikit manfaat buat pembaca sekalian.

WASIAT DARI KU BUATMU
Sahabat sahabiahku sekalian!

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI…TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI…TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA…DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Respon Along_Safa:
kepada penghantar email...rasanya ada timbul kekeliruan sikit kat sini...istilah dimadukan ana rasa hanya pada isteri. tiada istilah 'dimadukan' pada suami walaupun pada kiasan yg cuba disampaikan tu...

kiasan isteri dimadukan dan menjadi isteri kedua kpd isteri pertama iaitu perjuangan islam itu ana rasa semua sudah sedia maklum malah kisah ini juga masyur apabila syekh mustafa masyur menggunakan taktik yang sama bagi menilai calon isterinya ketika itu....

namun, bagi suami, tidak pula begitu. jgn samakan konsep yg sama seperti kiasan di atas pada peranan suami. jika si isteri menganggap suami itu adalah suami kedua, maka timbul kekeliruan pada konsep ketaatan. Isteri yang soleheh dan unggul bukan terletak pada perjuangan 'islam'nya tetapi ia terletak pada ketaatan pd suami yang 'memperjuangkan islam'!. Bermakna, tidak ada suami lain pada seorang isteri melainkan seorang suami sahaja!

Lantaran itu, isteri yang hanya duduk rumah tetapi memberi support sepenuhnya pada suami yg memperjuangkan Islam lebih elok dan dituntut berbanding isteri yang masuk ke perjuangan tetapi suaminya diabaikan. Kesimpulan pada isteri amat mudah. SETIA dan TAAT pada suami! Itu sahaja. Mudah dan amat mudah!

Srikandi Islam terdahulu unggul namanya di persada sejarah Islam hanya kerana mereka taat pada suami mereka yang menegakkan agama! Tak percaya? Cuba baca kisah2 nya. Kisah muslimat yg disejarahkan kerana jasanya pada perjuangan Islam agak kurang berbanding kisah muslimat yang hebat disisi lelaki yg bergelar suami!

Post a Comment

Random Posts

3/random/post-list
 
Top