Kumpulan rock lebih ikhlas. Itulah hakikat yang berlaku. Awal tahun ini, kumpulan Search telah mengadakan persembahan yang bertenaga. Namun, ada suara-suara yang kedengaran mengatakan Amy Search itu cakap tak serupa bikin, taubat olok-olok dan sebagainya.

Yang berkata itu adalah yang tidak tahu. Hanya tahu agak-agak saja. Saya yakin yang berkata macam itu bukanlah peminat rock. Biasanya yang bercakap begitu adalah peminat nasyid. Yang meminati nasyid 'bodoh-bodoh' saja tanpa tiada lansung manfaat dan memberi erti pada kehidupan. Hakikatnya, kumpulan rock lebih ikhlas berbanding segelintr kumpulan nasyid. Percaya?

Amy Search sudah sebati dengan rock. Memang diakui Amy pernah ke Umrah dan menyatakan akan keinsafannya. Namun, tak semestinya pabila insaf, terpaksa kene duduk saja di masjid. Terpaksa sentiasa pakai kopiah. Sentiasa bernasyid. Pemikiran kolot itu biasanya adalah terdiri daripada golongan yang malas berfikir. Dan golongan tersebut agak banyak juga dalam barisan peminat nasyid.

Teruskan Rock! Rock adalah satu elemen muzik. Apa salahnya dengan muzik tu? Teruskanlah menyanyi. Teruskan dengan rock. Itu adalah jiwa. Inilah yang dinyatakan keihklasan.

Situasi berbeza terjadi kepada seorang 'bekas' nasyid yang kononnya kini menjadi Rock. Begitu bangga mencipta kontroversi sehingga sanggup membuka baju ketika persembahan. Saya rasa, penyanyi kumpulan rock 'original' pun tidak seteruk dia ini. Mungkin inilah hasil didikan selama dia duduk di arena nasyid dulu. Nasyid yang bukan mendidik, tapi hakikatnya merosakkan! Kasihan.

Dalam pada masa yang sama, Rabbani mahu mengambil sedikit 'aura' rock dengan berduet bersama Amy Search di dalam lagu Mentari Merah D Ufuk Timur. Rock sedang mendaki!!!!

Post a Comment

Azlan said... February 1, 2008 at 1:15 AM

salam...huhu...pukul rata nampak...mengagungkan rock dan memperlekehkan nayid...dan habis semua peminat nasyid dipukul rata...hanya kerana faizal...so lepas ni kita ajar anak2 kita dengar xpdc ke search ke dengan seluar koyak,rambut panjang...dengan alasan kita tak nak anak kita jadi hipokrit...inilah tulisan yang terlalu berniat jahat terhadap nayid...ikhlas from me hangguk_the_return

iniAmin said... February 20, 2008 at 11:16 AM

A'kum...
Sori Along, Faizal bukan dari didikan Nasyid, dia memang rock tulen, berasal dari peminat rock, dibesarkan dengan meminati rock, pernah duduk di barat dan meminati rock barat... Cuma Mirwana tersilap langkah kerana mengambil dia sebagai solo bidan terjun waktu tu... Dan mungkin nasyid juga batu loncatan dia untuk masuk ke dunia popular... Sekali lagi, dia bukan hasil didikan nasyid.... - Amin Inteam

Random Posts

3/random/post-list
 
Top